Total Pageviews

Popular Posts

Monday, December 05, 2011

Sistem Antenna

Dalam komunikasi radio, antara aspek yang paling penting adalah sejauh mana efektif dan efisyen sistem antenna anda.

Konduktor yang digunakan untuk antenna hendaklah konduktif semaksimum yang mungkin. Satu diameter besar aluminium untuk Yagi dan satu copper wire yang besar untuk dipole adalah yang terbaik. Ini adalah untuk menyenangkan kadar aliran arus dalam antenna dan juga untuk menguatkan kadar radiasi pada antenna. Kabel coaxial yang digunakan hendaklah sependek yang mungkin, ini untuk mengurangkan kadar loss isyarat di dalam kabel.

Satu lagi faktor adalah ketinggian antenna, dengan meletakkan antenna terlalu tinggi juga tidak bagus. Kerana terlalu tinggi antenna akan menggunakan kabel coaxial yang terlalu panjang, ini akan memberikan loss. Antenna yang terlalu rendah juga tidak bagus, kerana isyarat akan bertembung dengan halangan di sekeliling kawasan antenna. Jalan terbaik adalah dengan meletakkan antenna pada ketinggian ideal supaya antenna dapat memaksimumkan isyarat yang masuk dan pergi dari/ke langit dan juga melalui bumi.

Radiator antenna atau elemen antenna hendaklah panjang mengikut panjang gelombang, antenna yang pendek tidak dapat memaksimumkan isyarat. Kepanjangan antenna dengan impedance yang sepadan dapat memaksimumkan isyarat dari radio dari/ke antenna. Penggunaan kabel berdiameter yang besar juga bagus, sebagai contoh, RG8 berbanding dengan RG58 supaya elektron mudah mengalir di dalamnya.

Berikan perlindungan kepada radio anda dari kilat. Sediakan satu kabel berdiameter yang besar, sambung kabel itu kepada badan radio. Hujungnya bersambung kepada besi paip air yang ditanam, ataupun bersambung kepada satu grounding rod yang ditanam sekurangnya 3 meter. Impedance yang sesuai untuk grounding rod adalah dibawah 10 ohm. Anda boleh menggunakan clamp meter untuk mengukur nilai impedance. 9M2SX mempunyai caranya sendiri untuk membuat grounding yang mampu mengelakkan RFI (radio frequency interference) kepada TV, radio dan juga telefon. Sila baca di http://9m2pju.blogspot.com/2011/04/hf-transceiver-ground-earth-wire-using.html



Apabila kilat menyambar, kutub positif dari kilat akan cuba mencari punca negatif yang jitu, ground cable akan bertindak sebagai negatif jitu. Positif akan mencari negatif. Oleh itu pasanglah ground untuk setiap alat, elakkan dari membuat sambungan secara "daisy chain" untuk grounding. Memasang lightning protector atau lightning arrestor pada rumah anda juga merupakan satu pelaburan yang bagus. Jika anda tidak yakin, putuskan setiap sambungan coax setiap kali anda keluar dari rumah. Letakkan hujung coaxial kabel ke dalam satu bekas yang bukan dari material berkonduktif seperti botol kaca atau seramik. Jangan lupa untuk discharge electric static dalam coaxial kabel sebelum menyambungnya ke radio, gunakan satu perintang yang bernilai tinggi 5W 1kiloohm.



Untuk menjaga elemen antenna dari karat atau corrosion, sembur antenna anda dengan anticorrosion sebagai contoh zink. ini adalah untuk mengelakkan dari antenna anda terkena oksigen ataupun garam.

No comments:

Post a Comment