Total Pageviews

Popular Posts

Tuesday, December 06, 2011

Kesan Radiasi Matahari


Saya tertarik kepada satu hipotesis yang telah saya baca. Radiasi matahari bukan hanya memberi kesan kepada pengionan atmosfera, tetapi juga mempengaruhi suhu bumi. Radiasi matahari merupakan cahaya dalam beberapa panjang gelombang. Dari infrared yang mempunya panjang gelombang yang panjang kepada ultraviolet yang mempunyai  panjang gelombang yang lebih pendek. UV dari matahari menyebabkan molekul atmosfera mengeluarkan elektronnya, di sini berlaku pengionan atau ionization. Pengionan menjadikan satu cermin elektron di dalam atmosfera, memantulkan gelombang frekuensi tinggi atau high frequency yang dipancarkan dari satu titik bumi ke satu tempat yang jauh di titik bumi yang lain. Bahagian atmosfera yang berlaku pengionan di panggil ionosfera. Pengionan atmosfera berbeza dari tahun ke tahun mengikut kadar radiasi matahari. Purata radiasi matahari mencapai tahap maksimum setiap 10.7 tahun.


Mengikut dari data pengamatan, radiasi matahari yang maksimum berlaku dalam pertengahan tahun 1958, awal tahun 1969, akhir tahun 1979, pertengahan tahun 1990 dan awal tahun 2001. Kemungkinan berlaku lagi pada pertukaran di antara tahun 2011 dan 2012. Di masa berlakunya radiasi matahari yang maksimum, propagasi untuk frekuensi tinggi adalah yang terbaik. Komunikasi jarak jauh sehingga lebih dari 20000 kilometer. Radiasi matahari yang maksimum merupakan satu impian untuk para DXer.


Pada pertengahan tahun 2006, radiasi matahari mencecah tahap minimum. Keadaan ini juga menyebabkan suhu bumi menurun. Di sesetengah tempat mungkin kering kontang akibat dari pensejatan air dan kondensasi. Suhu matahari yang menurun menyebabkan kemunculan awan yang sedikit akibat kesan kepada suhu air laut yang rendah. Sedikit haba dari matahari maka sikitlah suhu air laut, suhu air laut yang rendah menyebabkan kesukaran untuk berlakunya awan seterusnya hujan. Ini kerana haba dari matahari menurun diikuti radiasinya jadi, radiasi matahari bukan saja memberi kesan kepada propagasi radio, tetapi juga kepada suhu bumi. Secara sainsnya,  cahaya matahari dari infrared kepada UV adalah satu bentuk tenaga. Infrared yang berfrekuensi rendah mempunyai tenaga yang rendah dan UV dengan frekuensi tinggi mempunyai tenaga yang tinggi. Tenaga-tenaga itu memaksa elektron pada molekul atmosfera untuk keluar dan membentuk satu lapisan elektron terutamanya dari tenaga UV. Dalam proses pemanasan, cahaya matahari mencapai molekul di bumi dan diserap, dipanggil proses endoterm, satu proses penyerapan tenaga dalam bentuk haba. Oleh sebab itu, lebih banyak radiasi matahari berlaku maka lebih banyak haba diserap oleh bumi dan seterusnya meningkatkan suhu bumi.



Apabila propagasi radio berlaku dengan bagus, suhu bumi akan naik sedikit menyebabkan banyak awan terjadi di kawasan laut yang panas. Banyak awan bermakna banyak hujan, banyak ribut maka lebih banyak banjir, tanah runtuh. Kita seharusnya berjaga-jaga dan langkah terbaik di antaranya adalah menanam banyak pokok kerana pokok akan menyerap haba serta mengukuhkan permukaan bumi disamping itu juga pokok membekalkan kita dengan oksigen untuk kita hidup.

Agak seronok jika kita rajin membaca tentang sains, kerana bagi saya sains dengan radio amatur berkait. Tidak rugi untuk kita kongsi bersama dengan ilmu dari bersembang kosong, melepak tidak tentu hala serta sibuk dengan politik kelab. Setiap fenomena yang berlaku dengan kuasa Allah, tiada yang dapat menghalang kuasaNya. Saya tidak menunjuk pandai di sini sekadar untuk berkongsi apa yang saya baca.

No comments:

Post a Comment