Total Pageviews

Popular Posts

Friday, December 30, 2011

Dxing Malam Tahun Baru 2012

Ramai yang bercuti bagi menyambut kedatangan tahun baru 2012. Ada di antara radio amatur memilih untuk membuat aktiviti dxing dan ada juga yang berterusan dengan eyeball QSOnya yang kadangkala disalahsebut sebagai tango-tango. Ada juga yang mengambil peluang untuk mengayuh basikal pada waktu cuti tahun baru dan ada juga yang masuk ke kawasan offroad dengan kenderaan 4x4. Satu special callsign telah dikeluarkan oleh pihak suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia iaitu 9M2TG. Callsign ini telah dipohon untuk digunakan pada malam tahun baru. Lokasi aktiviti dxing 9M2TG ini adalah di Paka, Terengganu. Station master adalah Iqbal 9M2BAL. Siapakah station master ? sila rujuk http://9m2pju.blogspot.com/2011/10/siapakah-station-master.html.

Di beberapa tempat di kawasan pantai barat juga mungkin ada aktiviti dxing, saya mendapat berita dari 9M2PRO akan aktiviti dxing di Port Dickson anjuran 9W2PD dan 9W2SQ. Terdengar juga di local repeater bahawa terdapat satu aktiviti makan-makan, dxing, pameran radio serta sembang-sembang di Puchong. Untuk mereka yang terlibat, jangan lupa check in ke SEANET 20m

Dxing merupakan aktiviti yang dapat melepaskan tekanan dan menyeronokkan bagi radio amatur sejati. Dxing secara ringkasnya adalah aktiviti membuat contact dgn station jauh dengan seberapa banyak yang mungkin. Bertukar QSL cards, dapat menguji dan bereksperimen dengan performance antenna dan equipment lain serta dapat membuat prediction akan keadaan propagasi HF pada masa itu. Di samping itu juga ada banyak faedah bagi mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti ini, dapat belajar tentang equipment, belajar operating procedure dan lain-lain. Mereka yang terlibat dalam aktiviti DXing harus tau apa itu phonetical alphabet dan MAYDAY. Ramai juga yang memilih untuk menggunakan linear amplifier sewaktu DXing, ini adalah kerana isyarat yang kuat sudah tentu senang didengar oleh station yang jauh berbanding dengan isyarat yang lemah. Cuba bayangkan jika anda menjawab panggilan CQ dengan kuasa 5 watts pada mod SSB dan pada waktu yang sama ada station lain menjawab station yang jauh itu dengan kuasa 400 watts ? sudah tentu isyarat anda tenggelam. DXing mementingkan contacted station details seperti callsign, signal report, lokasi dan juga nama. Komunikasi berlaku dalam cara yang amat ringkas dan straight forward, tanpa sebarang bunga seperti kata aluan, kata penutup, kata penghargaan, pantun, syair, sajak serta lagu.

DX net adalah sebuah jaringan dimana station pemanggil yang memanggil station DX merupakan seorang net controller. Kecekapan dalam mengawal situasi dan kecekapan menghantar mesej dalam jaringan atau net ini boleh digunapakai apabila berlaku kecemasan. Selalunya dalam DX nets, tiada sembangan atau percakapan ala DeeJay, ala pemantun ataupun ala pensyair. Keep it short and simple method selalunya diikut, ini adalah kerana jika berlaku kecemasan, waktu ajal, bencana tidak menunggu pantun, syair, lagu, kiasan habis diluahkan baru ianya akan berlaku. Jadi, jika ada sebarang aktiviti dxing berdekatan dengan kawasan anda, tidak rugi jika anda menjenguk, sekurang-kurangnya demi niat pembelajaran. DXing boleh dibuat berseorangan, tetapi. fahamkan ayat "the more the merrier". Sila ke http://9m2pju.blogspot.com/2011/08/amateur-radio-nets.html

Bahasa pengantaraan radio amatur sedunia adalah bahasa inggeris. hampir 100% station dari setiap negara akan bertutur dalam bahasa inggeris tidak kira dalam apa jua mod, samada CW, digital ataupun SSB. Advantage bagi mereka yang tau bahasa inggeris adalah sangat banyak, yang penting sekali adalah anda sudah tentu tidak akan kena kencing oleh mat salleh jika anda tahu bahasa inggeris. Sila baca post http://9m2pju.blogspot.com/2011/08/radio-amatur-dan-kelab.html dan  "main radio cara kampung".

Penggunaan web cluster juga penting bagi mendapatkan banyak contacts. Jika anda lihat, station mat salleh ramai yang mengumumkan aktiviti DXing mereka sekurangnya seminggu sebelum aktiviti berlaku dan memberi info berkenaan dengan callsign, masa bersedia dan juga lokasi di website-website berkenaan dengan dxing. Penggunaan cluster dapat menjimatkan masa kerana pada zaman internet ini ramai yang merujuk kepada web cluster demi mencari station yang aktif dan di frekuensi mana mereka bersedia.

QRP DXing juga menjadi pilihan ramai radio amatur, tetapi harus diingat. untuk bereksperimen dengan kuasa pancaran yang rendah, keadaan propagasi, performance antenna, soil conductivty aspect harus diambilkira. Jika membabi buta, maka peritlah tekak jika anda di mod SSB.



Radio amatur luar negara pergi ke tempat yang bagus soil conductivitynya untuk membuat QRP dxing dan menggunakan directional antenna dengan gain yang tinggi. Jika anda hanya duduk dirumah, di kawasan urban dan mengharapkan QRP SSB untuk memanggil station DX, maka tunggulah keajaiban berlaku. Bukan kesabaran yang dituntut sepenuhnya dalam QRP operation. Tetapi ilmu dan pengalaman tentang propagation, antenna, soil conductivity, grounding system, elektronik serta teori frekuensi radio adalah lebih penting sebenarnya. apa guna QRP jika kita sendiri tidak tahu apa itu full wave antenna ? tidak tau apa itu bandwidth ? spectrum ? tidak tahu radiation pattern antenna sendiri dan tidak tahu dan tidak pernah buat cable loss check ?. Berminat tentang QRP, sila ke http://9m2pju.blogspot.com/2011/12/apa-itu-qrp.html dan http://9m2pju.blogspot.com/2011/10/what-do-i-think-about-qrp.html

QSL cards adalah menyeronokkan. Ramai station menyukai aktiviti pertukaran QSL card. Confirmation QSO dalam bentuk kad QSL kertas amat bernilai bagi orang tertentu. Jangan terkejut jika anda menerima QSL card beserta duit 5 US dollar. Bukan bayaran yang mereka inginkan, cuma mereka tidak ingin membebankan anda untuk mengirimkan kembali QSL card, jadi mereka memberi sedikit duit untuk anda membeli sampul surat ataupun setem. Di bawah adalah sedikit QSL card yang saya terima dari eQSL, sekadar hiasan.










Saya amat menyukai CW DXing, aktiviti memanggil station yang jauh dalam mod CW atau kod Morse. Ini adalah kerana, CW QSO lebih ringkas dan tiada lagu, syair, pantun, kiasan, serta gelak ketawa berlebihan. Straight to the point. CW adalah narrow bandwidth, hanya dalam ruang yang kecil sahaja. cuma dit dengan dah. tiada distorted audio, over modulated, terlebih mic gain, terlebih processor dan lain-lain.

SSB

CW

Dalam CW DXing, pemilihan iambic key adalah satu idea yang bagus. Transceiver yang mempunyai noise reductor dan filter sangat sesuai. Untuk portable operation cuma perlu operator itu sendiri, iambic key, headphone, transceiver, cable, antenna dan bateri sahaja. Berminat untuk CW DXing, sila ke http://9m2pju.blogspot.com/2011/10/cw-dxing.html dan http://9m2pju.blogspot.com/2011/11/cw-dxing-logs-on-2-november-2011.html. Saya mengucapkan selamat tahun baru 2012 untuk semua radio amatur di Malaysia. Pada tahun 2011 ini, banyak perkara manis dan pahit berlaku, aktiviti penutup saya pada tahun ini boleh dibaca di http://9m2pju.blogspot.com/2011/12/cuti-hujung-tahun-2011.html. Saya berpuas hati kerana telah berjumpa dengan 9M2SX, 9W2TZ dan 9M2AR. 9M2SX adalah seseorang yang cukup tekun dan penuh minat dalam hal-hal berkaitan radio amatur manakala 9M2AR merupakan salah seorang dari pencinta kod Morse di Malaysia. Adakalanya saya sedih kerana ada mereka yang sering bercerita tentang sejarah, tapi tidak menyokong apa mod terawal yang tertulis dalam sejarah itu sendiri. Teruskan bereksperimentasi dalam hobi ini. Kadangkala saya sendiri lupa yang tua atau muda tidak menghalalkan apa jua kesalahan, yang muda tidak semestinya sentiasa salah dan yang tua tidak semestinya selalu betul dan juga sebaliknya. Saya berpesan kepada diri sendiri untuk mengambil tauladan dari perkara yang baik dan menolak perkara yang tidak betul. Terima kasih kerana membaca.

1 comment:

  1. Tahniah anda sememangnya seorang ham yang berpengetahuan dan berpengalaman. Bagi saya banyak benda lagi yang perlu dibelajar dalam dunia radio amatur ini. Teruskan usaha anda dalam meningkatkan lagi ham di Malaysia ini.Segala tulisan anda memang seronok dibaca dan memberi faedah kepada semua orang. 73

    ReplyDelete