Total Pageviews

Popular Posts

Monday, December 05, 2011

Apa itu SWL ?

Shortwave listening adalah satu hobi mendengar pancaran radio gelombang pendek yang terletak di antara frekuensi 1700 kHz dan 30 MHz. Peminat hobi ini atau shortwave listener selalunya mendengar untuk mendapatkan berita-berita antarabangsa, trafik udara/laut ataupun mendengar perbualan teknikal/kasual/DX dari operator radio amatur. Ada yang beranggapan pendengar gelombang pendek ini mencecah jutaan orang di seluruh pelusuk dunia.

Aktiviti ini dikatakan telah bermula sejak dari 1920an lagi apabila pemancaran gelombang pendek dilancarkan di Amerika dan juga di Eropah. Sejak itu terdapat banyak program antarabangsa dibuat di gelombang pendek, receiver dan majalah tentang shortwave terjual dengan banyak. Shortwave listening menjadi lagi popular tatkala berlaku konflik antarabangsa seperti perang dunia kedua, perang korea dan juga perang persian gulf.

Selalunya shortwave listener atau pendengar gelombang pendek ini mendengar dengan menggunakan satu portable world band radio receiver yang boleh didapati dengan harga yang murah. setengah dari mereka mampu memiliki receiver yang canggih beserta dengan teknologi digital yang dicipta khas untuk memaksimumkan penerimaan isyarat gelombang pendek bersama antena outdoor yang bagus. Ada SWL yang mampu untuk menterjemah isyarat CW atau morse code dan ada yang mampu membuat radio receivernya sendiri. Anda boleh mencubanya, sila ke http://9m2pju.blogspot.com/2011/10/build-your-foxhole-radio.html.


Di zaman di mana kemudahan internet bersepah, ramai syarikat broadcasting menghentikan pemancaran di gelombang pendek atau berubah kepada web-based program. Tetapi ada juga yang memilih untuk terus memancar tetapi dalam bentuk digital mode seperti Digital Radio Mondiale



Oleh kerana banyak kelab pendengar gelombang pendek ini ditutup kerana tiada sambutan, majalah tentang shortwave listening juga makin berkurangan.



Pada tahun 1930an, banyak broadcasting shortwave station terdiri dari station persendirian. Pada mulanya mereka ingin menarik sebanyak mungkin pendengar, untuk meningkatkan keuntungan dari segi pengiklanan. Pada masa ini juga banyak model receiver terjual dipasaran bersama majalah. Station ini juga membalas QSL kad yang diterima dari pendengar yang jauh, DX station.


Di Eropah, pemancaran gelombang pendek dari Britain dan Belanda bermula seawal 1927. BBC memulakan BBC Empire Service pada tahun 1932 sebagai shortwave service. Broadcasting ini dituju untuk pendengar English. Radio Moscow memancar gelombang pendek pada tahun 1939 dalam bahasa english, jerman, perancis, itali dan juga arab. VOA atau voice of america bermula pada tahun 1942, para pendengar gelombang pendek atau shortwave listener selalunya dapat mengenali VOA dari lagu temanya iaitu lagu Yankee Doodle. Lagu ini selalunya dinyanyikan oleh tentera Amerika.


Pada perang dunia kedua, shortwave listening masih kekal sebagai hobi. Tetapi ada di sesetengah negara, mendengar broadcasting dari stesyen asing merupakan satu kesalahan. Ketika perang, mesej pendek dari tahanan perang selalu dibaca oleh pengumum di stesyen pemancar jerman, jepun dan negara kuasa paksi.

Mendengar gelombang pendek untuk mendapatkan berita adalah perkara biasa dilakukan, tetapi pada masa sekarang ramai yang memilih untuk mendengar kepada DX station, trafik dari kapal atau pun komunikasi ketenteraan. Antara tujuannya adalah untuk mencuba antenna yang baru dibuat, untuk belajar tentang radio dan juga propagasi radio. Ada juga yang suka mengumpul QSL kad.



Jumlah sebenar SWL tidak dapat dikira,  SWL atau shortwave listener/pendengar gelombang pendek ini adalah dari linkungan remaja sampai ke orang yang sudah bersara. David Letterman pernah berkata tentang seronoknya aktiviti yang beliau selalu lakukan, iaitu mendengar kepada BBC di gelombang pendek.


Terdapat banyak receiver yang digunapakai oleh SWL. Pada masa dulu, receiver menggunakan vacuum tube dan bersaiz besar dan berat seperti collins r-390, raacal ra-17l dan marconi electra. Pada masa kini receiver solid state menjadi semakin kecil dan ringan, tetapi ada juga yang besar dan berat seperti plessey pr2250 dan rohde & schwarz ek070.



berbeza dengan zaman dulu, kini receiver moden dilengkapi dengan digital signal processing atau DSP. Ada juga receiver yang di panggil SDR atau software defined radio. Semua kawalan radio dilakukan pada software di komputer. Bentuknya kecil dan ringan sangat berbeza dengan radio receiver yang berasaskan vacuum tube.


Aktiviti shortwave listening juga menjadi pelepas rindu bagi mereka yang tinggal di luar negara. Sebagai contoh, terdapat broadcasting radio dari Radio Television Malaysia (RTM) di frekuensi shortwave. Jika anda tinggal diluar negara, anda masih lagi boleh mendengar kepada lagu-lagu dalam bahasa ibunda, berita-berita terkini dan juga laporan cuaca di Malaysia. 

Ramai yang berpendapat shortwave listening merupakan perkara yang sudah lapuk di zaman moden. Bagi peminat SWL, mereka mengatakan bahawa dengan mendengar mereka mampu belajar banyak perkara, berita dunia boleh diketahui, laporan cuaca, perkara teknikal yang dibincangkan oleh operator radio amatur, belajar bahasa asing dan juga belajar kod Morse. Cuba anda lihat video dibawah, masih ramai yang berminat untuk melakukan aktiviti ini.












The quieter you become, the more you are able to hear.

No comments:

Post a Comment