Total Pageviews

Popular Posts

Thursday, December 22, 2011

Cuti Hujung Tahun 2011

Salam sejahtera untuk semua, pada post ini ditulis saya masih lagi bercuti di kampung halaman. Perjalanan percutian bermula dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh memakan masa lebih kurang 3 jam. Sampai di Ipoh, saya disambut oleh Abang Zainal, 9M2ZAE. Selepas itu kami bergerak ke kedai dan selepas itu Pak Lop, 9M2SLJ tiba. Pada malam itu, satu kelas Radio Amateur Examination berlangsung di Wakaf Perak Amateur Radio Transmitters Society (PARTS).



Kelas ini diajar oleh Pak Lop sendiri. Selepas itu aktiviti eyeball QSO di kedai mamak berdekatan dengan wakaf PARTS. Ramai yang hadir, di antaranya adalah 9M2KPD, 9M2ZAE, 9W2DGG, 9W2SBD, 9W2SUF, 9W2SHB dan lain-lain.

Aktiviti di Pulau Pinang pula, saya bertemu dengan Cik Saito, 9M2SX di rumahnya di Bayan Lepas. Banyak topik perbualan saya dengan beliau. Beliau merupakan operator radio amatur ke-2 tertua di Pulau Pinang selepas 9M2FK.



9M2SX sangat berpengalaman dalam homebrew antenna, linear amplifier, mic pre-amp dan juga seorang yang cukup pakar dan prihatin dalam aspek keselamatan peralatan radio dan juga accessories. Terdapat banyak peralatan antik yang menarik perhatian saya, terutamanya collins field strength meter, collins watt meter dan juga Bird Termaline 2.5 kilowatts coaxial resistor. Syarikat Collins banyak membuat radio, antara yang popular adalah Collins KWM. Pengasas syarikat ini adalah Arthur A. Collins, banyak kali masuk ke kolej tetapi tidak pernah grad. Syarikat ini pernah hampir bankrup tetapi diselamatkan oleh keluarga Rockwell dan sekarang bercantum menjadi Syarikat Rockwell Collins.  Manakala syarikat Bird banyak membuat peralatan accessories, sila ke http://www.bird-technologies.com/



Perhatikan microphone pre-amp buatan beliau dalam gambar di bawah.


Saya amat tertarik dengan sikapnya yang cukup strict dalam keselamatan peralatan di shack. Jika terdapat RFI atau TVI dari shack anda, sila cuba teknik dari 9M2SX. Lihat http://9m2pju.blogspot.com/2011/04/hf-transceiver-ground-earth-wire-using.html.


Saya sempat mencuba radio Yaesu FT1000MP Mark V beliau bersama homebrew 40m, 30m, 20m magnetic loop. Jika anda ingin mencuba antenna jenis ini, sila rujuk http://9m2pju.blogspot.com/2011/04/9m2sxs-40m-20m-magnetic-loop-antenna.html. Beliau cukup sinonim dengan antenna magnetic loop di 9M2 land, beliau menggunakan antenna jenis itu sejak dari tahun 1989 sehingga sekarang.



Perjalanan diteruskan ke Alor Star, saya ke rumah Cikgu Rahman, 9M2AR. Radio yang beliau gunakan adalah ICOM 756 Pro III dan juga Icom 706 MkIIG dan antenna G5RV junior.


Cikgu Rahman merupakan peminat Morse code dan merupakan operator radio amatur sejak tahun 70an lagi. http://9m2ar.com adalah website beliau.



Selepas itu saya dan beliau ke rumah Cik Hanafi, 9W2TZ. Cik Hanafi merupakan seorang peminat Shortwave Listening (SWL) dan juga pengumpul vintage radio.



Ketika saya sampai dirumahnya, beliau sedang mendengar satu frekuensi shortwave broadcasting radio dari Indonesia. Sebelah malamnya saya bertemu dengan rakan lama, Hafiz 9W2WTF (http://please.name.my) sebelum balik ke Sungai Petani. Hafiz adalah seorang programmer C, PHP dan JavaME yang berbakat dan banyak softwarenya diberikan secara percuma.

Di Sungai Petani, saya disambut oleh Hisham, 9W2AFC. Beliau pernah bertugas di daerah Besut sebelum berpindah ke Sungai Petani. Perjalanan dari Sungai Petani ke Besut memakan masa lebih kurang 5 jam. Saya melalui lebuhraya timur-barat dari Baling ke Gerik dan seterusnya ke Besut, Terengganu. Iqbal 9M2BAL dan Radhi 9W2DHI dari Kuala Terengganu datang ke Pekan Jerteh untuk bertemu dengan Lee 9W2LJT, kami eyeball QSO di Pekan Jerteh. Di sini pula, saya sempat mengoperasikan portable QRP station di Pantai Bukit Keluang.



Dengan menggunakan Yaesu FT817ND dengan 40m dipole, saya telah mendapat beberapa local contacts di antaranya adalah, 9M2AR, 9M2NAM, 9M2MRL dan 9M2RS.



Signal report yang bagus dengan kuasa hanya 5 watts SSB. Saya memanggil dalam mode CW pada mulanya, tetapi tidak dijawab oleh mana-mana stesyen. Cuaca di sini tidak menentu, hujan turun dengan lebat memaksa portable station ditutup dan seterusnya pulang ke rumah.


Selang beberapa hari di Besut, saya berkunjung ke kedai Maggi Ketam Alemy di Cherang Ruku, Pasir Puteh untuk menikmati maggi ketam.


Semasa dalam perjalanan balik, saya sempat singgah ke rumah Joe, 9M2AVB di Paka, Terengganu.


seterusnya ke rumah Rizal, 9M2RDX di Temerloh. Perhatikan transceiver Yaesu FT101ZD dan Shure 444D microphone.

No comments:

Post a Comment