Popular Posts

Saturday, December 31, 2011

Trafik Pihak Ketiga Dalam Jalur Radio Amatur

KERTAS CADANGAN GARISPANDUAN PERLAKSANAAN TRAFIK PIHAK KETIGA DALAM RADIO AMATUR DI MALAYSIA OLEH AZUDDIN BIN AB RAHMAN, 9M2CIO.

Gambar Hiasan
A. Pengenalan

Radio Amatur adalah hobi komunikasi radio yang perlukan pentaulihan
kemahiran seperlunya serta mematuhi pelbagai tatacata pengendalian piawai
dalam perlaksanaannya.

B. Tujuan

Kertas ini adalah suatu cadangan penambahbaikan tatacara guna
perkhidmatan radio amatur. Ianya adalah garispanduan perlaksanaan trafik
pihak ketiga ("third party traffic") di Malaysia dalam perkhidmatan ini yang
khusus kepada operasi pada peristiwa tertentu yang bukan kelaziman serta
bukan mustahak.

C. Latarbelakang

Peraturan 27(1) dari Peraturan-peraturan 2000 (Piawai Teknikal) Komunikasi
dan Multimedia menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh mengendali atau
menguruskan sebarang kegiatan dalam kemahiran tertentu kecuali seseorang
itu telah ditauliahkan.

Perkhidmatan radio amatur, seperti yang ditakrifkan dalam Peraturanperaturan
2000 (Spektrum) Komunikasi dan Multimedia adalah sebagai suatu
perkhidmatan komunikasi radio (yang meliputi permukaan bumi dan juga
satelit) iaitu suatu stesyen yang digunakan bagi tujuan pembelajaran,
perhubungan antara mereka dan penyelidikan teknikal yang dilaksanakan oleh
mereka yang dibenarkan yang hanya minat kepada teknik-teknik radio untuk
tujuan sendiri tanpa minat menjana kewangan.

C.1 Pihak ketiga

Pihak ketiga dalam radio amatur ditakrifkan sebagai suatu pihak lain yang
bukan dikategorikan sebagai operator radio amatur iaitu mereka yang tiada
mempunyai pentauliahan berkenaan, Sijil Operator Radio Amatur (AROC) atau
tanpa sebarang permit untuk menggunakan radas seperti yang tercatat dalam
Penguntukan Radas Stesyen Amatur (ASAA).

C.1.1 Pelajar dengan angkasawan di orbit

Sehubungan dengan maksud pembelajaran dalam takrifan perkhidmatan radio
amatur, terdapat keperluan bagi membenarkan pihak ketiga menggunakan
perkhidmatan ini. Namun perlaksanaan ini perlu dibuat dengan teliti dan
sentiasa terkawal. Contoh keperluan sebegini adalah kegiatan pembelajaran di
antara para pelajar sekolah dengan angkasawan di orbit.

C.1.2 Jamboree On The Air Pengakap

Begitu juga penggunaan semasa Jambori Di Udara ("Jamboree On The Air",
JOTA) Pengakap, iaitu untuk memberi peluang kepada para pengakap dari
seluruh dunia berinteraksi di udara secara jarak jauh. Mereka hanya bertukar
maklumat diri dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kepengakapan,
jambori. Stesyen JOTA dikendalikan oleh operator radio amatur yang telah
ditauliahkan iaitu telah mempunyai AROC serta operasinya menggunakan
ASAA, yang kadang kalanya bukan pun seorang pengakap.

C.1.3 Pengurusan bencana

Hal yang sama juga diperlukan pada waktu pengurusan bencana. Dalam
suasana sebegini pelbagai keperluan terhadap perhubungan radio yang
berkaitan dengan kecemasan. Seorang pengamal perubatan ada kalanya perlu
berhubungan dengan pengamal perubatan lain, berjauhan yang hanya dapat
dihubungi melalui kaedah perhubungan radio. Pemindahan maklumat yang
tertentu yang lebih khusus terhadap perawatan hanya lebih berkesan jika
disalurkan oleh pengamal perubatan itu sendiri. Maka dalam hal ini,
perhubungan radio harus diberikan kepada mereka yang lebih mahir akan
maklumat yang hendak disampaikan, walaupun ianya dilaksanakan oleh
mereka yang tiada sebarang tauliah radio amatur.

D. Tatacara pengendalian

Perlaksanaan trafik pihak ketiga ini perlu mengikut tatacara tertentu serta
terkawal oleh operator-operator radio amatur yang terlibat. Berikut adalah
tatacara yang dicadangkan:

1. Operator yang terlibat (pihak pertama) memulakan perhubungan dengan
memanggil stesyen tuju yang dimahukan.

2. Setelah perhubungan dibuat dengan operator yang dihubungi (pihak
kedua), pihak pertama, yang ingin memberi penggunaan (trafik) kepada
pihak lain (pihak ketiga) perlu memohon persetujuan dari pihak kedua
akan hasrat berkenaan.

3. Pihak kedua boleh untuk tidak menyetujuinya.

4. Apabila pihak kedua bersetuju dengan hasrat trafik berkenaan, maka
bolehlah pihak ketiga menggunakan radas.

5. Setelah trafik pihak ketiga tamat, operasi perhubungan perlu kembali
kepada pihak pertama dan kedua untuk menamatkan atau meneruskan
perhubungan seperti keperluan tatacara radio amatur.

Pengawasan-pengawasan tertentu diperlukan pada masa trafik pihak ketiga
berlangsungan:

1. Operator pihak pertama dan pihak kedua perlu sentiasa berada di sisi
pihak ketiga untuk menyelia serta membantu pengendalian radas.

2. Operator di sisi pihak ketiga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
sebarang kegiatan serta maklumat yang bertukar oleh pihak ketiga.

3. Maklumat-maklumat terlibat juga diselia untuk dipastikan bahawa ianya
adalah tidak penting serta bukan maklumat perniagaan, maklumat untuk
pihak lain selain dari pihak yang terlibat serta terhad kepada yang
dibolehkan dalam kegiatan radio amatur. Pihak pertama atau pihak
kedua boleh menghentikan laluan berkenaan pada sebarang waktu, jika
dirasakan perlu dan boleh mendatangkan kemudharatan.

4. Pihak ketiga tidak perlu menyebut sebarang isyarat panggilan sebagai
tanda pengenalan, sekalipun isyarat panggilan stesyen radio yang
digunakannya. Bagi tujuan berkenaan, penggunaan nama sendiri
kelaziman adalah mencukupi. Maka pihak ketiga tidak boleh memulakan
panggilan kepada sebarang operator melalui radas.

5. Sebagai pematuhan tatacara pengendalian stesyen amatur seperti yang
tercatat dalam GUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA, MCMC
2004, mukasurat 18, perkara g), h) dan I), operator di kedua-dua belah
pihak bertanggungjawab untuk kembali ke udara seketika selang waktu
berkenaan untuk memberi maklum tentang sessi trafik pihak ketiga
sedang berlangsungan. Makluman berkenaan adalah isyarat-isyarat
panggilan stesyen yang sedang terlibat.

Tatacara ini adalah bersandarkan kepada catatan peraturan yang
didokumenkan dalam peraturan Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa (IARU)
iaitu berkaitan dengan trafik pihak ketiga.

E. Implikasi

Perlaksanaan ini bukan bermaksud menggalakkan kegiatan tanpa sebarang
kemahiran yang telah ditauliahkan, bukan juga bermaksud menggalakkan
kegiatan yang bertentangan dengan sebarang peraturan dan akta sedia ada.
Ianya tidak lebih daripada memberi ruang pembelajaran terhadap minat radio
amatur serta memberi kemudahan perhubungan pada waktu kecemasan.
Hal berkenaan telah dinyatakan dalam pelbagai dokumentasi, terutamanya
dalam dokumentasi peraturan IARU. Berikut adalah petikan dari dokumendokumen
yang telah dicapai dari Internet:

http://www.iaru.o rg/rel030703att3.html

"25.3 Amateur stations may be used for transmitting international communications
on behalf of third parties only in the case of an emergency or disaster relief. . An
administration may determine the applicability of this provision to amateur stations
under its jurisdiction.
The exception to the blanket prohibition for cases of emergency and disaster relief
is important, and when read with the new provision intended to encourage
emergency communication by amateur stations will hopefully lead administrations
to adopt new regulations to facilitate such activities.
This second sentence of this provision enables each administration to define what is
a communication on behalf of a third party, and with whom the stations under its
jurisdiction may exchange such communications. If the other station's
administration permits the same communication, then the communication may be
exchanged internationally.
The removal of the requirement for bilateral agreements between countries is
significant as the new regulation certainly provides the means by which each
administration can permit many activities, such as disaster relief, practice for
emergency communication, and educational communications to take place
internationally."

http://www.aresva.org/pdf/JOTA%20brochure%20by%20N2WG.pdf
"Third-party operation:
Even though you do not have an Amateur Radio license, you may participate in
communication between two Amateur Radio stations as a third-party. The operation
of the station you are using must remain under the direct supervision and control of
a licensed operator. In general, this means you may do whatever this operator is
licensed to do as long as he/she is right beside you. This does not apply to
communication with stations outside of United States territory. In that case, unless
there is an established agreement between the two governments, third-party
communication is not allowed. A list of countries with which we have agreements
can be found at . If a station from a country not on the list attempts to contact you,
the licensed operator will have to take over."


http://www.arrl.org/FandES/field/regulations/news/part97/
"(46) Third-party communications. A message from the control operator (first party)
of an amateur station to another amateur station control operator (second party) on
behalf of another person (third party)."
"§97.115 Third party communications.
(b) The third party may participate in stating the message where:
(1) The control operator is present at the control point and is continuously
monitoring and supervising the third party's participation; and
(2) The third party is not a prior amateur service licensee whose license was
revoked or not renewed after hearing and re-licensing has not taken place;
suspended for less than the balance of the license term and the suspension
is still in effect; suspended for the balance of the license term and relicensing
has not taken place; or surrendered for cancellation following notice
of revocation, suspension or monetary forfeiture proceedings. The third party
may not be the subject of a cease and desist order which relates to amateur
service operation and which is still in effect."


http://home.tiscali.nl/worldscout/Special/PA6WSJ.PDF , muka 7
"7. Third-party agreement.
 

A third-party message agreement is normally not part of the Netherlands amateur
radio licence. However, the Hoofddirectie Telecommunicatie en Post (HDTP) issued a
licence to the Jamboree station that allowed Scouts to take part themselves in the
radio traffic. The following rules applied:
 

● a station can only be operated by an operator licenced for the particuliar
band;
 

● the licenced operator is the one calling CQ;
 

● the licenced operator opens any contact and fills out the log;
 

● during the contact a non-licenced scout or guide may speak directly into the
microphone or use the keyboard;
 

● the licenced operator is responsible for the contents of the tranmissions and
correct use of the equipment at any time;
 

● the licenced operator closes each contact and enters the data into the
logbook computer."
 

http://www.funtrivia.com/en/Entertainment/Amateur-Radio-DX-6807.html
"Can an unlicensed person talk on the amateur radio?
Yes. If a licensed operator is at the station control point, an unlicensed person may
talk under the operator's license. This is called third party communications. A
licensed operator must be there to begin transmission, monitor the transmission,
and end transmission."


http://www.jarl.or.jp/ariss/ARISSapp12.txt
"20. Have you checked with your national amateur radio regulatory authority to
determine if the non-licensed participating persons (i.e. students) are allowed to
exchange messages (third party) with the astronauts on board ISS by means of your
amateur radio station? To aid the planners, please indicate which countries have
agreements with your country. If you are unsure on how to answer this question,
please check with the amateur radio team that will be assisting the school."
 

F. Penutup
 

Kertas cadang ini dimajukan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia untuk dipertimbangkan serta kelulusan bagi digunapakai.

sumber: http://dl.dropbox.com/u/8414601/amateur%20radio/thirdparty.pdf


contoh QSO pihak ketiga: http://dl.dropbox.com/u/8414601/amateur%20radio/third%20party%20QSO.pdf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...