Total Pageviews

Popular Posts

Thursday, February 27, 2014

9M2PJU QSL Card





To those who are still waiting for my QSL card, please notice that the QSL card is now ready to be delivered. If you encountered any problems, please contact my QSL manager K2AU k2au@arrl.net

Make sure we had logged QSO before, please check your callsign on my clublog or hrdlog. If you prefer LOTW, dont forget to upload your log to LOTW.

Thanks for still believing on me.

73

Thursday, February 20, 2014

Pengenalan SOTA di Semenanjung Malaysia






Summits on the air ataupun secara ringkas SOTA adalah salah satu cabang dari radio sport untuk operator radio amatur yang juga terbuka kepada SWL. Aktiviti SOTA ini seakan Island on the air (IOTA), tetapi SOTA menggalakkan pengoperasian di kawasan bukit atau gunung.

Bila disebut "bukit atau gunung", tentunya ramai yang terfikir puncak atau kawasan tertinggi bukit atau gunung. Secara khususnya jika di rujuk kepada manual umum SOTA, pihak pengurusan tertinggi SOTA tidak menggalakkan pengoperasian di kawasan sebenar puncak bukit atau gunung. Ini adalah kerana kawasan tersebut sangat bahaya, berisiko tinggi dan tiada tempat perlindungan. Cukup sekadar pada ketinggian 25 meter secara menegak dari paras kaki bukit. Sumber kuasa yang gunakan haruslah dari sumber yang boleh diperbaharui seperti bateri, generator tangan, kincir angin, solar atau lain-lain.

Terdapat beberapa kategori untuk penyertaan. Activator terdiri dari operator radio amatur yang mendaki bukit atau gunung dan beroperasi pada jalur amatur (HF, VHF, UHF, dan lain-lain) seterusnya membuat perhubungan dengan stesen activator yang berada di bukit atau gunung yang lain ataupun dengan operator radio amatur yang berada di rumah disebut chaser. SWL boleh turut serta dengan menghantar rekod data stesen SOTA yang sedang berhubung (SWL report) kepada pihak pengurusan SOTA.

Sepertimana contest-contest radio amatur yang lain, terdapat juga sistem pemarkahan bagi aktiviti SOTA. Secara amnya, activator akan memperolehi markah tinggi jika berjaya membuat perhubungan dengan station activator ataupun chaser pada ketinggian bukit atau gunung yang amat tinggi (lebih 1000 meter). Harus diingat, ketinggian bukit yang dinyatakan dalam aktiviti SOTA ini dikira dari kontur terendah yang tidak bersambung dengan bukit lain. Bukan tinggi dari paras laut (sea level).

Activator atau chaser yang berjaya mengumpul 100, 250, 500 dan 1000 points boleh menebus sijil dari pihak pengurusan tertinggi SOTA. Jika berjaya mengumpul 1000 points, satu trofi khas terukir callsign atau nama peserta akan diberikan kepada activator dan chaser sebagai penghargaan kepada usaha dan titik peluh mereka. Terdapat lagi beberapa anugerah khas untuk activator jika anda berjaya membuat activation pada beberapa negara yang berlainan. Activator yang mendaki pada musim yang berisiko akan diberi markah bonus. Anugerah SOTA ini sama nilainya seperti anugerah-anugerah radio amatur yang lain sebagai contoh anugerah IOTA, WAZ, WAS, DXCC dan lain-lain. Semuanya memberikan satu nilai estetika yang sukar ditukar kepada wang ringgit. Hanya jauhari mengenal manikam.

Aktiviti SOTA sangat sesuai kepada radio amatur yang suka beriadah sambil bereksperimen (QRP, antenna, operasi menggunakan bateri atau kuasa solar, dan lain-lain). SOTA tidak terhad kepada pendaki sahaja, mereka yang di rumah juga boleh turut serta sebagai chaser malah SWL juga boleh mengejar anugerah SOTA jika mereka berminat.


Terdapat beberapa keperluan asas bagi activator. Mereka harus membawa transceiver, antenna, jam, buku log, pen dan juga bateri. Keperluan lain seperti baju hujan, tali, khemah, makanan boleh di bawa jika dirasakan perlu. Transceiver yang sesuai untuk aktiviti SOTA terdiri dari compact radio seperti Yaesu FT817ND, FT857D, FT897D, ICOM IC706, IC7000, IC2100, IC2200, IC2300, Elecraft KX1, KX3, K2, K3 dan sebagainya. Jika anda tiada transceiver berikut, cukuplah dengan membawa handy talkie VHF berjenama Boefeng, Puxing atau lain-lain. Panggil mana-mana stesen dengan hanya menggunakan handy dan berhubung dengan activator dari bukit lain ataupun chaser yang sedang berada di rumah sudah melayakkan anda mendapat markah. Bergantung kepada terma dan syarat. Operasi perhubungan melalui repeater adalah tidak sah. Langkah-langkah sebelum mendaki seperti melapor diri ke balai polis terdekat adalah salah satu langkah yang harus diakur oleh semua pendaki. SOTA tidak terikat kepada mana-mana frekuensi. Semua frekuensi yang dikhaskan untuk radio amatur adalah dibenarkan. Persedian rapi diri sendiri haruslah dilakukan. Kesihatan perlu dijaga dan tentukan diri anda sihat untuk mendaki. Ilmu pengetahuan ikhtiar hidup merupakan satu bonus kepada pendaki. Disamping menyelamatkan diri sendiri, anda juga mampu menyelamatkan orang lain jika berapa di dalam situasi berbahaya yang tidak terjangka. SOTA masih lagi asing bagi negara-negara di asia tenggara. Untuk merealisasikan SOTA di semenanjung Malaysia memerlukan usaha yang keras dari operator radio amatur.

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.sota.org.uk/