Total Pageviews

Popular Posts

Thursday, December 01, 2011

Apa itu QRP ?

Di dalam radio amatur, operasi QRP bermaksud memancar pada tahap kuasa yang rendah. QRP yang adalah satu kod Q di mana ianya boleh menjadi satu soalan, jawapan ataupun pernyataan. Kata lawan bagi QRP adalah QRO ataupun operasi dengan kuasa pancaran yang tinggi.

Sesetengah kumpulan di negara asing menambah satu lagi huruf dibelakang bermaksud sangat rendah, contoh QRPP bermaksud kuasa yang sangat rendah. Dalam kod morse, QRQ bermaksud penghantaran mesej yang laju. QRQQ bermaksud penghantaran mesej paling laju. Pemenang high speed telegraphy, Fabian DJ1YFK suka berkata "life is too short for QRSS, so lets QRQQ"

Pada kebiasaannya, kumpulan yang melakukan aktivit SOTA atau pun IOTA, di mana bekalan tenaga amat susah untuk didapati, mereka selalunya beroperasi QRP. Jikalau anda tidak percaya, sila lihat video di Youtube dari peminat QRP dari United States, WG0AT. Beliau selalu naik ke bukit yang tinggi bersama 2 ekor kambingnya yang juga sebagai pengangkut peralatan. Di tempat di mana sumber tenaga adalah terhad, QRP adalah pilihan terbaik. Operasi QRP menggunakan bateri membolehkan anda berhubung dalam jangka masa yang lama. Kebanyakan radio amatur menggunakan kuasa di bawah 100 watts, di United States ada yang mampu ke 1500 watts. Peminat QRP selalunya tidak mahu membazir tenaga dan juga tidak mahu memberi gangguan kepada tv, radio ataupun telefon yang berdekatan, oleh itu mereka memilih untuk beroperasi QRP. Tetapi di sana, radio amatur tidak termaktub kepada peraturan FCC bahagian 97 yang menyatakan bahawa, "penggunaan kuasa sekadar yang cukup untuk berhubung".



Tiada satu persetujuan yang tepat untuk dinyatakan tentang operasi QRP, ramai yang bersetuju QRP adalah untuk pengoperasian dalam mode CW, AM, FM dan juga digital. manakala kuasanya perlulah 5 watts atau kurang sementara untuk SSB tidak selalunya disetujui tetapi ada yang berpendapat bahawa kuasa pancaran untuknya mestilah tidak kurang dari 10 watts PEP. Rakan saya iaitu 9M2CIO pernah membuat ujian dengan 1 watts SSB dari Tasik Banding ke Kuala Terengganu. Report adalah readability 5 dan signal strength 9.



Teknik yang beliau gunakan adalah NVIS dipole antenna. Operasi QRP boleh diselitkan dalam pelajaran survival. Ini adalah kerana kita dapat mempraktikkan bagaimana untuk berhubung dengan ibu pejabat tanpa menggunakan kuasa yang besar. Jika berlaku kecemasan dan mangsa kecemasan perlu dicari dikawasan hutan, scouts cuma perlu membawa beberapa bateri sebagai keperluan dan dengan radio yang berkuasa rendah serta antenna. Kuasa yang sedikit sudah mampu untuk menghantar mesej ke ibu pejabat. Scout tidak patut dibebankan dengan radio yang besar berserta bateri yang berat, kerana ini akan melambatkan pergerakan mereka. Kalau dilihat, manpack yang selalu dibawa oleh tentera juga boleh dikatagorikan sebagai low power kerana rata-ratanya cuma 25 watts maksimum.



Komunikasi QRP boleh menjadi rumit apabila keadaan propagasi radio teruk. Dalam kes ini ilmu pengetahuan tentang grounding, RF, antenna dan ilmu pengetahuan tentang propagasi radio adalah penting. Apabila keadaan band bagus, ramai yang bersependapat mengatakan 5 watts boleh digunakan untuk mengelilingi dunia, tetapi jika teruk. 1.5 kilowatts belum tentu dapat.



Tidak semestinya di HF, operasi QRP juga boleh dilakukan di frekuensi lain. terdapat beberapa kumpulan di negara asing yang mencuba dengan QRP di 145MHz, 430Mhz dan 1.2GHz. Pelajaran yang dapat dipelajari dalam operasi QRP adalah bagaimana untuk berhubung dengan station yang jauh dengan kuasa pemancaran yang sedikit. Pada 2 meter band, signal anda mungkin akan didengari oleh station yang jauh jika berlakunya tropospheric ducting di mana fenomena ini memberi kesan kepada semua frekuensi.



Di negara sejuk, ramai yang menunggu akan fenomena aurora, ini adalah kerana bila berlakunya fenomena ini, isyarat yang dipancarkan akan terserak jauh. Di Malaysia fenomena alam ini tidak berlaku.



Rakan saya iaitu 9W2UN memberitahu bahawa jika fenomena aurora ini berlaku di negara sejuk, antara mereka yang tidak menyukainya adalah syarikat broadcasting VHF. Ramai pelanggan tempatan akan merungut kerana tidak mendapat isyarat tetapi penduduk di negara lain yang jauh dari negara itu dapat siaran dari syarikat itu. ironi bukan ?

Operasi QRP selalunya popular dengan mode CW ataupun digital kerana narrow bandwidth tidak sama dengan SSB dimana bandwidthnya lebih lebar.



Jika anda memilih untuk beroperasi dalam SSB, microphone juga memainkan peranan yang pening, pre-amp dengan electret condenser mic merupakan pilihan yang bagus. Bercakap dengan nada perlahan sudah cukup untuk memaksimumkan pemancaran, tidak seperti dynamic microphone, anda kena bercakap dengan nada yang kuat barulah kuasa pemancaran anda ditahap maksimum. Antenna yang selalu menjadi pilihan ramai adalah jenis beam antenna full size mono band dimana kuasa diradiasikan oleh antenna tertumpu pada satu arah menjadikan radiasi kuasa pancaran yang efektif untuk komunikasi kuasa rendah dan resonan pada frekuensi yang telah dipilih.

Banyak pengeluar radio komersil membenarkan produk mereka untuk direndahkan kuasa pancaran sehingga ke 5 watts dan ada yang sampai ke 0.5 watts. Kebanyakkan radio ini telah berada dipasaran sejak dari akhir tahun 1960an lagi. Pada tahun 1969, syarikat Ten-Tec telah mengeluarkan Powermite-1(PM-1). Pada masa kini terdapat banyak pilihan QRP radio di antaranya adalah Elecraft K2 dan K1, Yaesu FT-817, Icom IC-703 dan juga Argonaut V dari Tentec. Hendricks dan Youkits QRP kit boleh didapati dalam bentuk komponen yang belum terpasang, selalunya menjadi pilihan bagi mereka yang sukakan homebrew.



Jika berada diluar rumah, saya lebih selesa untuk beroperasi dengan menggunakan Yaesu FT--817ND. Satu bateri 12v 9Ah, satu iambic keyer dengan antenna dipole sudah mencukupi. Dalam mode CW, mendengar dengan menggunakan headphone sungguh menyeronokkkan. Saya pernah berhubung dengan satu special event station, 8N1WHALE dari Jepun semasa bercuti di Terengganu. 2.5 watts dengan dipole antenna di 15 meter band. Pada masa itu saya menggunakan hand microphone Yaesu MH-31 sebagai keyer.



Saya lebih menyukai operasi QRP dalam mod CW kerana di HF kadangkala terlalu banyak noise dan juga interference, dengan menggunakan radio moden yang dilengkapi dengan bandpass filter serta fungsi noise reduction, saya boleh mengurangkan noise dan interference tersebut. penggunaan headphone atau earplug mampu menjimatkan tenaga bateri berbanding dengan menggunakan built-in speaker. Iambic keyer mencepatkan proses penghantaran mesej berbanding straight key.

operasi QRP adalah pilihan mereka untuk berhobi, tetapi jika berlaku kecemasan. di antara alternatif untuk meningkatkan mutu perhubungan untuk komunikasi bantuan kecemasan adalah dengan meningkatkan kuasa pemancaran selain dari antenna dan lain-lain. seperti yang kita sedia maklum, disambing berhobi kita juga boleh membantu dalam keadaan kecemasan. oleh itu penggunaan peralatan tertentu mestilah sesuai dengan keadaan.

Terdapat beberapa contest dan juga award bagi QRP. Untuk maklumat lanjut, sila cari sendiri.




ini adalah video dimana penulis sendiri menggunakan Yaesu FT-817ND dengan 500miliwatts untuk operasi QRP dalam mode CW.


No comments:

Post a Comment