Popular Posts

Wednesday, October 26, 2011

CW DXING

CW DXing adalah satu aktiviti radio amatur yang mana seorang operator radio amatur membuat contact dengan station yang jauh cuma dengan menggunakan peralatan seperti Morse key, transceiver, transmission cable dan antenna. peralatan lain seperti linear amplifier juga boleh digunakan untuk menambahbaik prestasi pemancaran, band pass filter juga bagus untuk digunapakai. jika anda mempunyai radio yang ada fungsi seperti filteration, noise reduction sudah tentu operasi anda menjadi lebih senang. bunyi bising noise boleh disekat, dan juga anda boleh mengecilkan range penerimaan isyarat.

selalunya operator akan memulakan CW DXing dengan menanya samada frekuensi yang dipilih sedang digunakan atau tidak. QRL ? QRL ? QRL ? dihantar dan jika tiada station yang menjawab, maka frekuensi itu dapat diandaikan sebagai frekuensi yang tidak digunakan. jika ada station yang menjawab Y, QRL ataupun R. maka frekuensi tersebut sedang digunakan. jawapan tidak semestinya Y, QRL ataupun R. adakalanya station lain menjawab dengan jawapan yang lain.


apabila frekuensi yang dipilih tidak digunakan, CQ CQ CQ DE 9M2PJU dihantar beberapa kali untuk memanggil mana-mana station yang mendengar di frekuensi itu. selalunya station lain akan menjawab dengan callsignnya, ataupun DE 9M2AR ataupun BK 9M2AR. perkara yang penting dalam contact adalah signal report. dalam CW, selalunya signal report di beri dalam RST iaitu readability, signal dan juga tone. 599 adalah signal report kepada isyarat CW yang sangat jelas diterima beserta pitching yang bagus.


berikut adalah contoh contact dalam CW,

QRL? QRL? QRL? DE 9M2PJU

CQ CQ CQ DE 9M2PJU 9M2PJU 9M2PJU AR,

BK 9M2AR 9M2AR ATAU DE 9M2AR 9M2AR ATAUPUN 9M2AR 9M2AR

9M2AR DE 9M2PJU TNX FER CALL BT UR RST 5NN 599 BT MY NAME IS PIJU PIJU PIJU BT QTH IS KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR BT HW CPY ? 9M2AR DE 9M2PJU KN

9M2PJU DE 9M2AR TKS DR PIJU BT UR RST 5NN 599 BT OP IS MAN MAN MAN BT QTH IS ALOR STAR ALOR STAR BT TKS AGN FER QSO HOPCUAGN 73 73 9M2PJU DE 9M2AR SK E E

ini adalah contoh CW QSO, seharusnya setiap transmission di akhiri dengan callsign. bagi mengelakkan kekeliruan. SK bermaksud end of contact dan E E bermaksud bye bye.

terdapat banyak abbreviation dalam CW, ada sesetengah operator menghantar TKS sebagai THANKS. ada juga operator yang menghantar TU bagi thank you dan ada juga yang menghantar TNX sebagai thanks.

GE, GM, GA, GN adalah singkatan kepada good evening, good morning, good afternoon dan good night.

GL adalah singkatan bagi good luck.

terdapat banyak singkatan dalam CW, terdapat banyak rujukan di internet. taip sahaja CW abbreviation anda akan mendapat banyak jawapan. sangat susah untuk bermula dengan CW, tetapi jika anda sudah bermula, anda akan dapati CW QSO sangat menyeronokkan, dengan kuasa yang rendah, setup yang sederhana, isyarat anda dapat didengari oleh station dari negara yang jauh.

jika anda tidak mempunyai kebenaran untuk bekerja dalam mode CW, anda boleh berlatih dalam satu kumpulan, dengan menggunakan CW trainer keyer, cuba hantar CW kepada rakan anda dan rakan anda akan membalasnya. sudah tentu tiada kesalahan kerana anda menggunakan frekuensi radio. tiada alasan untuk mencuba dan belajar. jangan jadikan perkara remeh-temeh sebagai halangan untuk anda belajar.

jika anda tiada callsign yang membenarkan anda bekerja dalam mod CW, anda boleh menggunakan callsign kelab. ditemani oleh station master yang berpengalaman dalam CW, sudah tentu anda dapat belajar banyak perkara. SSB operation mungkin jauh lebih senang, tetapi jika anda ingin mencuba CW operation, tiada salahnya. apa pun tepuk dada tanya selera. bayangkan dengan hanya 0.5watts, isyarat anda dapat sampai ke Jepun. cuba dengan SSB operation, berapa jauh anda boleh sampai ? mungkin lebih, mungkin lansung tidak sampai. apapun jangan mengalah. hobi sepatutnya tidak boleh dipaksa, ukur baju dibadan sendiri, jika tidak mahu, boleh cuba mod lain. setiap mod mempunya pros dan cons sendiri. bergantung kepada peralatan anda juga. apa guna SSB operation jika tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris ?.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...