Popular Posts

Wednesday, October 26, 2011

FANATIK TENTANG PHONETICS ALPHABET

Phonetic alphabet adalah satu bentuk sebutan bagi mewakili sesuatu huruf atau nombor. phonetic alphabet sudah lama digunakan dalam bidang komunikasi suara bagi memudahkan penghantaran dan juga penerimaan sesuatu mesej.

dalam radio amatur di Malaysia, terdapat beberapa station yang agak fanatik tentang penggunaan phonetic alphabet ini. setiap perkara yang ingin disampaikan semuanya dalam bentuk phonetic. kadangkala akan menimbulkan sehingga menimbulkan kekeliruan dan komunikasi menjadi tidak relevan.

jika disebut KILO LIMA, bunyi tersebut mewakili huruf K dan L. adakah ini mewakili KUALA LUMPUR ?
boleh jadi KUALA LIPIS, KOK LANAS dan sebagainya. seharusnya perbualan mesti lah straight forward. tidak perlu menyukarkan perkara yang mudah dan jangan pula memudahkan perkara yang sukar.

jika perbualan di HF yang adakalanya bising, sebutan ALFA kadangkala didengar sebagai PAPA. bagi mereka yang sudah biasa, ALFA boleh digantikan dengan AMERIKA. bagi penduduk negara Jepun, Taiwan, Korea ataupun China, mereka kadangkala tidak boleh menyebut ALFA. orang Jepun menyebut OVER sebagai OBAR. kita tidak boleh salahkan mereka, sepatutnya jika harus berfikir dengan bijak dan kembali kepada objektif iaitu contact. satu contact boleh dikatakan tidak berjaya jika callsign kita tidak difahami oleh station yang menjawab.

mari kita lihat sejarah phonetic alphabet sebelum tahun 1956,








1914–1918 (WWI) 1924–1942 1943–1956 1941–1956
Apples
Butter
Charlie
Duff
Edward
Freddy
George
Harry
Ink
Johnnie
King
London
Monkey
Nuts
Orange
Pudding
Queenie
Robert
Sugar
Tommy
Uncle
Vinegar
Willie
Xerxes
Yellow
Zebra
Ack
Beer
Charlie
Don
Edward
Freddie
Gee
Harry
Ink
Johnnie
King
London
Emma
Nuts
Oranges
Pip
Queen
Robert
Esses
Toc
Uncle
Vic
William
X-ray
Yorker
Zebra
Ace
Beer
Charlie
Don
Edward
Freddie
George
Harry
Ink
Johnnie
King
London
Monkey
Nuts
Orange
Pip
Queen
Robert
Sugar
Toc
Uncle
Vic
William
X-ray
Yorker
Zebra
Able/Affirm
Baker
Charlie
Dog
Easy
Fox
George
How
Item/Interrogatory
Jig/Johnny
King
Love
Mike
Nab/Negat
Oboe
Peter/Prep
Queen
Roger
Sugar
Tare
Uncle
Victor
William
X-ray
Yoke
Zebra
Able
Baker
Charlie
Dog
Easy
Fox
George
How
Item
Jig
King
Love
Mike
Nan
Oboe
Peter
Queen
Roger
Sugar
Tare
Uncle
Victor
William
X-ray
Yoke
Zebra

tidak menjadi mandatori dalam sebutan phonetic radio amatur, jika kita bertengkar tentang phonetic maka objektif utama dalam contact radio amatur tidak akan berjaya. cuba dengar perbualan di HF kalau tidak percaya. A tidak semestinya ALFA, boleh jadi AMERIKA. bergantung kepada situasi. seperti yang sudah dijelaskan di atas, adakalanya ALFA di dengar sebagai PAPA.

perbualan dalam mode FM di VHF adalah jauh lebih bersih dan jelas jika dibandingkan dengan HF. jika report yang diberi adalah readability 5 dan signal strength 9, sudah tentu huruf A akan di dengar sebagai A. jika anda menyebut 9M2PJU dan bukan niner mike two papa juliet uniform, adakah station lain tidak faham ? kadangkala phonetic melambatkan komunikasi, apa guna phonetic alfabet jika disebut dengan laju ? apa guna disebut 9M2PJU dengan laju ? sudah tentu akan mengelirukan. dan cuba fikirkan, jika huruf disebut huruf dan disebut dengan perlahan-lahan dengan nada yang jelas, pasti mudah difahami orang lain. pendek ringkas, jelas dan senang difahami. kita seharusnya berfikiran secara terbuka dan mampu adapt kepada situasi dan bukanlah berkeras mengikut rasa hati.

IKVT adalah singkatan kepada IRAMA, KEKUATAN, VOLUME dan TONE. irama yang mudah difahami, kekuatan yang sesuai, volume yang lantang dengan tone yang jelas memudahkan komunikasi.
seharusnya mesej yang hendak disampaikan perlu dititikberatkan dari phonetic yang disebut. cuba fikirkan, apa kata station dari negara lain jika anda memarahi station Jepun kerana menyebut ONTARIO dan bukan OSCAR ?




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...