Popular Posts

Monday, October 10, 2011

Cadangan Untuk Malaysian CW Net

Sekadar cadangan, perlu dikajiselidik semula.

Kepada mereka yang berkenaan, sila komen sebagai maklumbalas.

Terdapat beberapa sifat net, samada assisted net, directed net ataupun round robin net. Radio amatur biasanya menjalankan beberapa jenis net. Di dalam assisted net, stesyen tidak dibenarkan untuk break in begitu sahaja, memanggil stesyen lain tanpa arahan dari net control station (NCS). Kecuali jika terdapat sebarang kecemasan atau pun mesej yang berkeutamaan tinggi.

Jenis-jenis net:-
  1. Trafik - bertujuan untuk menyampaikan berita atau mesej dari satu stesyen kepada semua stesyen.Selalunya dilakukan sebagai rutin bertujuan untuk berlatih dalam penyampaian mesej pada waktu yang diperlukan dan juga pada waktu kecemasan atau bencana. Net ini bersifat sebagai khidmat masyarakat di mana mesej yang dirasakan perlu diberitahu kepada semua boleh disebarkan ketika net dijalankan.Net ini juga dapat memeriksa keadaan peralatan komunikasi radio amatur adakah dalam keadaan yang memuaskan ataupun tidak secara tidak lansung menjadi tempat pertemuan radio amatur.
  2. DX - suatu net di mana satu stesyen berhubung dengan satu stesyen yang jauh bertujuan menambah contact, menguji peralatan dan juga keadaan propagasi. Ketika net ini dijalankan, stesyen dari beberapa buah negara akan dapat berhubung, berkenalan dan juga dapat menyampaikan mesej kepada stesyen dari negara yang lain.
  3. Topik Khas - Net ini bertujuan untuk mengumpulkan operator radio amatur pada satu-satu masa bertujuan untuk membincangkan sesuatu topik khas berkenaan peralatan komunikasi, cuaca ataupun sebarang perkara tertentu demi menggalakan aktiviti radio amatur.

CW ataupun continuous wave adalah salah satu mod pancaran gelombang radio. Cadangan untuk Malaysian CW net adalah untuk menggalakkan, mempromosikan kod Morse kepada semua operator radio amatur di Malaysia. Kelajuan yang dicadangkan adalah sekitar 8wpm ke 14wpm mengikut kesesuaian net control station.

Prosidur untuk Malaysian CW net

  1. Net control station (NCS) akan menjalankan net ini pada frekuensi tertentu pada waktu yang akan ditetapkan.
  2. NCS perlu menghantar "QRL? QRL? QRL? DE 9M2PJU K" dan perlu memastikan tiada stesyen lain sedang menggunakan frekuensi itu.
  3. NCS akan memanggil dengan "CQ MY NET CQ MY NET CQ MY NET DE 9M2PJU/NCS K"
  4. Selepas memanggil, NCS perlu berhenti seketika untuk mendengar sahutan dari stesyen-stesyen yang lain.
  5. Stesyen yang menyahut perlulah menghantar callsignnya, sebagai contoh "DE 9M2AR 9M2AR K"
  6. NCS perlu mengulang balik callsign stesyen yang menyahut, "9M2AR DE 9M2PJU/NCS PSE K"
  7. Stesyen yang menyahut tadi akan menjawab dengan "9M2PJU/NCS DE 9M2AR QNI" bermaksud "di sini 9M2AR checking in"
  8. NCS akan menjawab dengan "9M2AR DE 9M2PJU ANY MSG ? BK" bermaksud "9M2AR di sini 9M2PJU ada sebarang mesej ? break". Jika ada, sila hantar mesej berkenaan.
  9. Jika tiada, NCS akan meminta stesyen 9M2AR untuk standby di frekuensi, "9M2AR DE 9M2PJU/NCS AS"
  10. NCS akan memanggil balik "CQ MY NET CQ MY NET CQ MY NET DE 9M2PJU/NCS K" dan proses menyahut dan menjawab sahutan berulang kembali sehingga net tamat.
  11. Untuk menamatkan net, NCS akan menghantar "MY NET NOW QNF 73 DE 9M2PJU SK E E"
Antara Q-Codes yang digunakan,

● QRL - as, QRL? - is the frequency busy or in use?
● QRS - Shall I send more slowly
● QRZ - Who is calling me
● QSB - Are my signals fading
● QSY - Shall I change to to transmission on another frequency
● QTH - What is your location? My location is
● QNI - Call for net stations to report or check in
● QNP - Unable to copy you
● QNF - The net is free/over

Prosigns dan singkatan,

● C Q - Calling any station
● D E - from
● K - go (over), invite any station to transmit
● KN - go only, invite a specific station to transmit
● BK - invite receiving station to transmit
● R - all received OK
● AS - please stand by
● SK - end of contact (sent before call)
● E S – and
● U R – your
● BT - a pause, like saying “uH” in a conversation
● P S E – please
● R I G – equipment, my equipment
● T N X – thanks or T U – thank you
● U R – your
● G U D – good
● H I – Ha Ha
● W X – weather
● 7 3 – best regards

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...