Total Pageviews

Popular Posts

Friday, October 21, 2011

Basikal Dan Radio Amatur



Ya, basikal dan radio amatur. apa kaitannya ?

mari kita lihat dari beberapa sudut, basikal adalah satu bentuk pengangkutan pada asalnya dan telah berevolusi dari zaman ke zaman. pada masa sekarang basikal sebagai pengangkutan tidak berapa diterima oleh sesetengah invidividu tetapi, bagi mereka yang suka beriadah ataupun sukakan aktiviti luar rumah (outdoor), basikal adalah antara yang terbaik.

terdapat beberapa jenis basikal dipasaran, basikal untuk kanak-kanak, untuk pemula (beginner), basikal off-road, basikal on-track dan juga basikal untuk atlit profesional. boleh dibeli dalam harga yang murah juga harga yang agak mahal, mengikut kemampuan masing-masing. aktiviti berbasikal sudah mula diterima masyarakat, sebagai salah satu medium untuk bersenam disamping itu dapat juga melegakan dari tekanan selepas waktu kerja.

bagi operator radio amatur, sambil berbasikal juga mereka boleh menghubungi radio amatur yang lain pada sesuatu waktu. peralatan seperti radio VHF, UHF dan juga HF boleh dipasang pada basikal jika tahu caranya. faktor yang perlu diambil berat adalah seperti grouding system, antenna system memainkan peranan yang penting. disamping itu juga faktor keadaan sekeliling perlu dilihat.

anda boleh menikmati 2 hobi sekaligus jika fikiran anda positif. pilihan adalah ditangan kita. pada waktu emosi yang berkecamuk, tiada idea dan juga ketandusan pendapat maka lebih baik anda mendengar dari mencelah. bagi mereka yang mempunyai radio all band all mode, anda boleh memasang radio ini pada basikal anda. sambil mendengar kepada perbualan radio amatur lain, anda juga boleh tala ke frekuensi radio komersil. berita seperti kejadian terkini, ramalan cuaca sangat penting untuk anda mengatur perjalanan anda dengan basikal.

phone operation sangat sesuai untuk radio amatur yang berbasikal. anda boleh menghubungi radio amatur lain untuk memaklumkan akan perjalanan anda, disamping itu guna sangat berguna apabila terjadi kejadian yang tidak diingini. bagi mereka yang sukakan CW mode, iambic keyer boleh di pasang pada handle basikal bagi memudahkan anda untuk memetik key tersebut. dengan bekalan kuasa yang terhad seperti bateri ataupun solar panel dan kuasa pancaran yang sedikit, anda boleh bekerja dengan station yang jauh mengikut keadaan band yang anda gunakan.

semua hobi dapat memberi kita ilmu jika kita pandai melihat dari sudut yang positif. jika pikiran kita penuh dengan tanda tanya, kita seharusnya merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang tersebut ataupun mereka yang komited akan bidang tersebut. orang yang lama ramai yang pakar, tetapi tidak semestinya pakar, mereka perlu dihormat kerana pengalaman mereka. mungkin banyak, mungkin sikit, sangat subjektif. dan tidak boleh dijangka. old generation learn first, new generation comes next. janganlah pula membuat andaian dan juga amalan sendiri. masyarakat dunia memandang tinggi kepada mereka yang beretika. etika adalah sangat penting, etika juga lah yang membezakan radio amatur dan juga penunggang basikal samada berhemah ataupun tidak.

jika anda seorang operator radio amatur, anda seharusnya tahu apa yang sepatutnya dibuat dan apa sepatutnya yang harus dielakkan. sama juga dengan penunggang basikal, anda perlu tahu apa itu undang-undang jalanraya. kita hidup di dalam satu aliran yang sama, manusia yang hidup akan mati, dari atas akan turun ke bawah. berpesan dan menegur sesama sendiri adalah perkara yang baik, tetapi kehormatan individu juga harus dijaga.

basikal dan radio amatur adalah perkara yang berbeza tetapi tidak mustahil jika digabungkan, berbasikal sambil berhubung dengan radio amatur yang lain tidak rugi jika dipraktikkan. ke semua perkara ini adalah bergantung kepada individu, tepuk dada tanya selera. jika mampu teruskan, jika rasa tertekan lebih baik dielakkan. perubahan ataupun peningkatan diri bergantung kepada diri masing-masing, tiada orang yang boleh mengubah kita, jika kita sendiri tidak mahu berubah.

mari kita lihat video-video  aktiviti berbasikal sambil berhubung melalui radio,


No comments:

Post a Comment