Popular Posts

Saturday, August 23, 2014

Pen Dan Kertas

Kebanyakan operator radio amatur akan menggunakan pen dan kertas semasa bekerja. Pen dan kertas amat menyenangkan seseorang operator. Penggunaan pen dan kertas selalu digunakan untuk menulis log dan juga sebagai bantuan untuk mencatit apa yang disampaikan oleh stesen yang kita berkomunikasi. 

Walau bagaimanapun, terdapat banyak aplikasi komputer dan juga telefon pintar untuk mencatit maklumat log dengan stesen yang kita sedang bekerja seperti callsign, masa, handle dan juga laporan isyarat. Namun terdapat beberapa situasi yang tidak dapat dielakkan sebagai contoh, laptop kehabisan kuasa bateri atau power supply laptop yang kurang berkualiti memberi kesan kebisingan (noise) kepada receiver. Ini menyukarkan seseorang operator untuk bekerja. Oleh sebab itu, operator terpaksa mematikan laptop atau komputer dan memaksa beliau untuk mencatit segala maklumat stesen yang beliau sedang bekerja secara manual dengan pen dan kertas. 

Bagi yang suka bersembang dalam mod CW, pen dan kertas akan digunakan untuk mencatit apa yang stesen sedang bekerja sampaikan dalam sesebuah penghantaran. Ada juga operator yang akan menulis terlebih dahulu apa yang beliau akan hantar sebelum penghantaran yang sebenar. Kaedah ini menyenangkan ramai operator dan mengurangkan kesalahan semasa pemancaran. 

Bagi sesetengah operator lain, menulis dahulu di atas kertas dirasakan kurang selesa serta memakan masa yang lama sebelum sesebuah penghantaran dapat dilakukan. Mereka akan belajar untuk mendekod segala kod yang dihantar terus di dalam fikiran dan juga menghantar balik kod terus dari fikiran. 
Kaedah ini memerlukan imaginasi, fokus dan latihan yang berulang-ulang. Kaedah ini tidak boleh dimulakan dengan kelajuan kod yang sangat laju. Ini akan membebankan fikiran semasa menerima kod yang dihantar. Penggunaan bahasa yang dipilih juga memberi kesan. Sebagai contoh, operator Malaysia yang sentiasa berbahasa Melayu lebih selesa untuk mendekod kod yang dihantar dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris. 

Oleh itu, untuk melatih diri dalam kecekapan mendekod bahasa Inggeris memerlukan seseorang operator itu rajin dan selalu bekerja dengan operator yang menggunakan bahasa Inggeris. Terdapat juga operator yang kurang cekap dalam bahasa Inggeris. Kebanyakkan dari mereka ini mengamalkan rubber stamp QSO. Jika ditanyakan soalan yang jarang mereka terima semasa ke udara boleh membebankan mereka untuk menjawab. 

Bagi operator yang cekap berbahasa Inggeris selalunya cara QSO mereka boleh dikatakan lain dari masa ke semasa. Tidak hairanlah jika bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa pertuturan mereka pada setiap hari. 

Pen dan kertas sangat penting bagi operator radio amatur. Kemahiran menulis juga penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini semasa bekerja. Tentukan pen yang digunakan berfungsi dengan baik dan pastikan pen simpanan juga berfungsi dengan baik. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...