Popular Posts

Tuesday, August 19, 2014

Kod Morse Dan Telegrafi



Kod Morse merupakan satu cara menyampaikan informasi berteks dalam satu siri bunyi atau cahaya yang boleh difahami secara terus oleh penerima yang berkemahiran tanpa menggunakan sebarang peralatan yang rumit.



Kod Morse selalunya digunakan dalam telegrafi. Telegrafi adalah satu cara menghantar mesej dari penghantar kepada penerima tanpa melibatkan pergerakan fizikal dari stesen penghantar kepada penerima. Oleh sebab itu, penggunaan haiwan sebagai penghantar mesej pada zaman dahulu tidak dikira sebagai telegrafi tetapi penggunaan isyarat bendera atau semaphore masih dalam kategori telegrafi kerana tidak melibatkan pergerakan fizikal dari stesen penghantar kepada penerima. Medium yang paling popular dalam telegrafi untuk menghantar kod Morse pada zaman dahulu adalah dengan menggunakan wayar. Teknik ini dipanggil electrical telegraphy.


Namun selepas penemuan radio bermula, kod Morse mula dihantar dengan menggunakan peralatan radio secara meluas. Penggunaan ini melibatkan pihak tentera, polis, pengkhidmatan pos dan juga oleh radio amatur diseluruh dunia. Teknik ini dipanggil wireless telegraphy.



Selain dari radio, kod Morse juga boleh dihantar dengan menggunakan cahaya. Teknik ini selalunya digunakan oleh kapal laut kepada kapal laut yang lain dan juga dari menara kawalan trafik udara kepada kapal terbang. Pihak tentera laut akan menggunakan aldis lamp atau signal lamp apabila penggunaan radio tidak boleh digunakan dalam sebab-sebab tertentu sebagai contoh, untuk mengelakkan pintasan isyarat radio dari pihak musuh. Menara kawalan trafik udara akan menghantar kod Morse dengan signal lamp dan dipancar terus kepada kapal terbang ketika berlakunya keadaan dimana komunikasi radio di antara kapal terbang dan menara kawalan tidak dapat dilakukan.



Teknik pemantulan cahaya matahari untuk menghantar kod Morse dipanggil heliograf. Cahaya matahari dipantulkan kepada stesen penerima dengan menggunakan sebuah cermin. Komunikasi yang menggunakan cahaya seperti aldis lamp atau heliograf ini jatuh dalam kategori optical telegraphy.



Isyarat asap adalah contoh telegrafi yang paling awal digunakan oleh manusia. Isyarat asap masih digunakan sehingga kini. Di Rom, isyarat asap digunakan untuk memberi isyarat kepada orang ramai tentang pemilihan pope yang baru.



Pada masa kini, manusia berkomunikasi dengan peralatan yang lebih canggih, dalam masa yang lebih cepat dan lebih yakin keberkesanannya. Kod Morse masih popular dikalangan radio amatur diperingkat antarabangsa. Terdapat beberapa pertandingan seperti High Speed Telegraphy (HST) yang dianjurkan diperingat wilayah international amateur radio union (IARU).



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...