Popular Posts

Tuesday, November 29, 2011

Planet Hamradio Malaysia



Planet Hamradio Malaysia adalah satu website yang mengumpulkan banyak blog dan memaparkan semua updates dari blog-blog yang terdapat di dalam senarai langganan.

Tujuan Planet Hamradio Malaysia ini dibuat adalah untuk membina satu one stop center untuk radio amatur di Malaysia. dengan melawati website ini, anda akan dapat:-

  1. membaca semua kemas kini dari blog-blog rakan anda pada satu website.
  2. dapat mengetahui apa perkembangan terkini dalam scene radio amatur di Malaysia.
  3. memberi peluang kepada anda untuk menyertai sebarang aktiviti yang akan dibuat ataupun yang sedang berlaku.
  4. dapat mengenali radio amatur yang juga blogger lain.
  5. sebagai self-training resources. terdapat banyak artikel dalam planet hamradio malaysia yang berkaitan dengan homebrew aktiviti, sebagai contoh. antenna building, electronic circuits dan lain-lain.
  6. apabila anda melawati website planet.hamradio.my, anda juga dapat mengetahui perkara-perkara yang sering dilakukan dan juga menjadi rutin seseorang radio amatur di Malaysia.
  7. dan lain-lain
Planet Hamradio Malaysia juga mempunya Facebook pagenya sendiri iaitu https://www.facebook.com/hamradiomy. Jika anda click Like, anda akan melanggan kepada updates dari Planet Hamradio Malaysia dan dapat membaca kemaskinian setiap kali anda membuka Facebook.

Bagi mereka yang sukakan microblogging seperti Twitter, Planet Hamradio Malaysia juga ada menyediakan updates untuk para peminat Twitter.com. Sila follow @hamradiomy

Bagi mereka yang tidak sukakan social networks seperti Twitter atau Facebook, atau di rumah/pejabat anda terdapat halangan untuk social networking sites, mailinglist untuk Planet Hamradio Malaysia adalah yang terbaik jangan teragak-agak untuk join dan sumbangkan apa jua idea, pendapat, ketidakpuasan, kritik, komen dan lain lain yang anda rasakan perlu. http://groups.google.com/group/planet-hamradio-malaysia

Planet Hamradio Malaysia ini ditaja oleh:-

  1. Mypapit 9W2WTF dari Kirostudio - Sumbangan space dan bandwidth.
  2. Amir Haris dari Localhost - Sumbangan domain name beserta DNSSec.
  3. Piju 9M2PJU - logo designer, konfigurasi wordpress dan plugins.

Terima kasih kerana menyokong Planet Hamradio Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...