Total Pageviews

Popular Posts

Tuesday, November 22, 2011

Loop Antenna




Antena loop adalah satu antenna radio yang terdiri satu gelungan atau banyak elemen konduktor eletrik seperti wayar, rod ataupun tube di mana hujungnya bersambung dengan satu balanced transmission line. keadaannya berbeza sebagai contoh, gelungan kecil atau magnetic loop selalunya bersaiz kecil daripada panjang gelombang dan gelungan resonan mempunyai panjang lebih kurang sama dengan panjang gelombang.



loop kecil mempunyai kadar efficiency yang sangat lemah selalunya digunakan sebagai receiving antenna untuk frekuensi rendah.antenna ini juga kadangkala digunakan dalam aktiviti fox hunting ataupun amateur radio direction finding. secara teorinya, satu loop kecil ataupun magnetic loop mempunyai saiz lebih kurang 1/10 panjang gelombang ataupun kurang.



self resonant loop ataupun gelungan resonan adalah lebih besar, selalunya digunakan pada VHF dan UHF kerana saiznya tidak begitu ketara besar berbanding HF. kadangkala bentuknya sama dengan folded dipole, kadar radiasinya juga tinggi dan hampir sama dengan dipole.

walaupun antenna loop ini popular dalam bentuk bulat, kadar efficiencynya tidak berubah jika dibentukkan menjadi satu segiempat. sepertimana antenna quad, yang mempunyai satu resonan loop (gelungan yang hampir panjang dengan panjang gelombang) dan biasanya ditambah dengan satu parasitic element berbentuk segiempat bagi memudahkan elemen dipasang pada pemegang dan boom. frekuensi resonan pada satu resonant loop ditentukan oleh loop itu sendiri.



small loop antenna adalah lebih pendek dari saiz gelombang dan selalunya digunakan sebagai receiving antenna pada frekuensi yang rendah. small loop antenna juga dikenali sebagai magnetic loop kerana ia bertindak sebagai satu coil (inductor) dengan satu kadar rintangan radiasi. ianya juga immune kepada noise disekeliling. oleh kerana small loop antenna ini pada asasnya sebagai satu coil, kadar rintangan elektrikalnya juga bersifat inductive. untuk digunakan bersama radio, kadar inductive ini selalunya dihapuskan dengan satu nilai capacitance. sifat small loop antenna ini tidak sama dengan satu gelungan besar (resonant loop), pattern radiasinya juga berbeza. oleh kerana saiznya lebih pendek dari satu panjang gelombang, kadar efficiency antenna akan menurun kerana voltan yang melaluinya akan bersilang dan akan terhapus sesama sendiri disebabkan oleh kepanasan yang terhasil dari kadar rintangan yang rendah. bagi mengelakkan keadaan ini terjadi, maka panjang gelung harus ditambah bagi meningkatkan kadar rintangan radiasi.

small loop antenna juga digunakan sebagai transmitting antenna. harus diingat, perubahan panjang dan pendek elemen memberi kesan kepada pattern radiasinya. sebagai pelengkap, kadar efficiency harus ditingkatkan dengan menggunakan saiz konduktor yang lebih besar untuk mengurangkan loss.


bagi tentera, biasanya antenna loop ini digunakan pada kenderaan untuk frekuensi dari 3 ke 7mhz. antenna jenis ini boleh digunakan sebagai antenna NVIS iaitu near vertical incidence skywave. komunikasi yang tiada skip zone pada jarak 300 kilometer. tentera biasanya menggunakan elemen yang berdiameter 2 atau 3 inchi.


small loop antenna juga digunakan dalam fox hunting bagi jarak gelombang yang panjang untuk mencari triangulation.

No comments:

Post a Comment