Popular Posts

Friday, October 3, 2014

Listening To Broadcast Radio Stations On Shortwave



Terdapat banyak stesen radio broadcast di gelombang pendek. Rata-ratanya telah berfungsi lebih dari 10 tahun. Pada zaman ketika ketiadaan kemudahan internet mahupun television, radio gelombang pendek sangat berguna kepada masyarakat dan juga pihak pemerintah pada sesebuah negara. Tidak seperti sistem pemancaran teresterial, sistem pemancaran gelombang pendek tidak memerlukan banyak infra. Tetapi radio gelombang pendek ini sangat terkesan dengan propagasi dan memerlukan antenna ringkas yang agak panjang untuk penerimaan yang lebih baik.

Pada zaman sebelum wujudnya television atau internet, kebanyakkan orang mencari idea masing-masing untuk mendapatkan berita baru. Radio gelombang pendek adalah satu medium berita yang cepat pada zaman dahulu berbanding suratkhabar. Teknologi radio sebenarnya banyak dikembangkan untuk kegunaan ketenteraan. Sama juga dengan sejarah kewujudan internet. Superhet receiver dicipta oleh jurutera Amerika semasa perang dunia pertama.

Digital Radio Mondiale atau DRM telah diperkenalkan untuk memberi nafas baru dalam sistem pemancaran gelombang pendek. Tetapi memerlukan peralatan dan perisian khas untuk mendekod isyarat DRM. Radio television malaysia telah melangkah ke satu lagi tahap apabila pihak RTM telah berjaya memiliki pemancar gelombang pendek tersedia DRM, baca http://www.drm.org/?p=1350







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...