Popular Posts

Belajar Kod Morse

 Kaedah Koch

Secara tradisional, kod Morse diajar dengan cara susah dengan cara menerima semua kod pada kelajuan perlahan dan kemudian maju ke kelajuan yang lebih tinggi. Kaedah Koch, iaitu cara lain membuktikan bahawa anda harus mulai belajar dengan kelajuan yang dikehendaki - tetapi anda bermula dengan hanya 2 karakter yang dihantar secara rawak. Setiap sesi adalah lima minit, dan setiap kali anda mendapatkan 90% atau 100% betul, anda boleh menambah hanya 1 karakter lain. Kombinasi Koch adalah seperti berikut K M U R E S N A P T L W I J Z F O Y V G Q H B C D X. Untuk nombor pula, 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0. Kombinasi sebenar Koch adalah terdiri dari gabungan huruf dan nombor, saya telah mengasingkan antara karakter ini bagi memudahkan sesi pembelajaran. Kaedah Koch dicipta oleh psikologis Jerman Ludwig Koch pada 1930-an.

Pemasaan Farnsworth.

karakter dihantar pada kelajuan yang tinggi, tetapi jarak tambahan dimasukkan di antara aksara dan kata-kata untuk melambatkan kelajuan penghantaran sebenar. Keuntungan dari ini adalah bahawa anda terbiasa untuk mengenali watak pada kelajuan yang lebih tinggi, dan dengan demikian akan lebih mudah untuk meningkatkan kelajuan nanti. ARRL menggunakan pemasaan Farnsworth untuk penghantaran, latihan dan kaset ujian dengan kelajuan 18 WPM (90 CPM). Pemasaan Farnsworth dicipta oleh Donald R. Farnsworth (W6TTB) pada akhir 1950-an.

Kaedah Rekaan 9M2PJU (HIHI)

Diambil dari peribahasa "bersusah dahulu bersenang kemudian". Satu kombinasi telah dicipta dengan memulakan latihan dari huruf yang dianggap susah kerana bunyi yang terdiri dari 4 dit atau dah. Apabila anda dapat menguasai huruf yang dianggap susah ini, secara tidak lansung huruf yang terdiri dari 2 dit atau dah, 3 dit atau dah akan menjadi lebih senang.
Pemasaan untuk kaedah ini sama seperti Koch, jika sasaran anda untuk mencapai kelajuan 12WPM, cadangan kelajuan adalah 14 ke 15WPM bergantung kepada kesesuaian diri. Jika termampu, teruskan bermula dari 18WPM. Tidak menjadi masalah untuk bermula dari kelajuan yang tinggi kerana anda tidak akan selamanya ingin bekerja pada kelajuan 12WPM.
Kombinasi adalah FL QY BV PX CZ JH DG KR OS WU MI NA TE.  Setiap sesi adalah 10 ke 15 minit, bermula dengan 2 huruf dihantar secara rawak dan setiap kali anda mencapai 90% atau 100% betul, anda boleh menambah 2 huruf yang lain. Jangan tambah sebarang huruf jika anda masih ragu-ragu. Jika anda berjaya menyalin dari FL QY BV PX CZ JH, nescaya huruf DG KR OS WU MI NA TE akan menjadi senang.

Teknik Pengasingan Dit Dan Dah.

Teknik ini mengasingkan antara bunyi dit dan dah. Bermula dengan huruf E I S H , T M O, dan seterusnya seperti aliran dalam carta ini

Kelajuan yang disarankan adalah seperti pemasaan Farnsworth. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang "tone deaf". Ini adalah kerana bunyi antara dit dan dah telah diasingkan supaya mereka lebih senang untuk membezakan antara bunyi tersebut.

Software yang dicadangkan boleh didapati di http://www.justlearnmorsecode.com/



Ini adalah kerana software Justlearnmorsecode ini sangat ramah pengguna, tone dan kelajuan boleh diubah mengikuti citarasa, kombinasi yang boleh diubah mengikut pelbagai kaedah serta pattern penghantaran yang menyerupai ayat sebenar.

Selain dari JustLearnMorseCode, http://lcwo.net juga boleh digunakan. Ianya adalah aplikasi berasaskan web dibina oleh Fabian DJ1YFK, pemenang High Speed Telegraphy 1000 character per minutes tahun 2008. Anda boleh menilai prestasi anda, berlatih dengan pelbagai teknik, samada Koch method, code groups, plain text, callsign, atau pun words training.

Disamping itu juga terdapat banyak fail audio yang boleh dimuatturun dari internet, sebagai contoh. Anda boleh download morse code training files dari http://morse.massyn.net/
Cuma perlu download dan burn ke CD audio dan pasang. W1AW code practice files juga bagus, sila ke http://www.arrl.org/code-practice-files dan download mengikut kelajuan yang anda rasa sesuai. Perkara yang paling penting dalam permulaan pelajaran morse code adalah MENDENGAR SAMBIL MENULIS.

Tips Untuk Belajar Morse Code

  1. dengar dan hafal setiap bunyi bagi setiap huruf dari A sampai ke Z, 0 hingga 9. apabila sudah hafal, cuba dan mula berlatih mengikut teknik-teknik di atas. pasang audio files, dengar dan salin. jika ingin menggunakan software, pastikan anda berlatih huruf terlebih dahulu sebelum nombor atau simbol.
  2. cuba gunakan imaginasi anda untuk menghafal, dan buat irama unik dan tersendiri bagi setiap huruf dan nombor. 
  3. Bagi huruf yang susah, sila gunakan kebijaksaan otak untuk membina mnemonics, contoh untuk huruf B. Baaaa tu tu tuk. L, lid daa gi git.
  4. naikkan kelajuan, dan terus salin huruf yang anda sudah hafal. sementara itu cuba hafal huruf yang masih belum dihafal.
  5. ambil masa setiap hari untuk dengar sambil tulis. latihan hendaklah berterusan. pada peringkat pertama pelajaran ramai yang merasakan morse code ini susah. ini adalah normal. pada masa ini, anda harus berlawan dengan emosi anda sendiri.
  6. amalkan membaca sesuatu dan lagukan irama morse itu di dalam hati. pastikan fikiran anda sentiasa ingat akan morse code, sambil memandu anda boleh mengeja huruf-huruf kereta di depan anda terus dari otak.
  7. buat latih tubi jika anda sudah yakin, ini untuk melatih stamina otak untuk decode morse code.
  8. latihan yang berkala dalam jangka masa yang berterusan sangat diperlukan untuk belajar morse code.


p/s: perlu diingat bahawa kod Morse adalah kod bunyi. sebarang cara untuk mengingati kod secara Visual Mnemonic adalah cara yang salah sama sekali, kecuali dengan cara Syllabic Mnemonics. setakat ini masih tiada dokumen tentang Syllabic Mnemonics kod morse yang sesuai dalam bahasa Melayu, kecuali dalam bahasa Inggeris. sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Morse_code_mnemonics . Jangan belajar dalam keadaan yang selesa, jangan biasakan dengan 2 spacing atau lebih, cuba 12WPM, 13WPM atau 14wpm single spacing dan paksa diri anda sampai ke kemuncak. Latihan Kod Morse adalah untuk membina reflek di dalam minda, bukan formula ataupun teknik mengira berapa dit atau dah dan anda perlu menjadi naif buat seketika, jangan persoalkan kenapa bunyi A itu dit da, dan B itu da dididit. Dengar dan hafal bunyi, jangan hafal berapa bilangan titik atau sengkang. Titik dan sengkang itu cuma untuk menunjukkan bunyi kod Morse dalam bentuk visual sahaja. Biasakan dengan irama sesuatu huruf. Jika tonenya tinggi, mungkin kod itu akan berbunyi seperti "tit ta, ta ti ti ti", jika tone itu sedang-sedang, morse akan berbunyi seperti "dit da, da dit dit dit, dan juga jika tone terlalu rendah, mungkin akan berbunyi seperti, "bi ba, ba bi bi bi", oleh itu jangan bertanggapan bahawa Kod Morse itu akan berbunyi sempurna, cuba biasakan dengan perbagai tone bunyi dan kelajuan. Sebagai latihan, jika anda melihat sesuatu huruf, biasakan dengan menyanyikan irama huruf itu di dalam hati. Sebagai permulaan, cubalah satu huruf sehari, dengar sambil salin di kertas. Mendengar tanpa menulis huruf adalah sia-sia bagi mereka yang baru berjinak dengan Kod Morse. Antara teknik latihan kod Morse di dalam institusi ketenteraan adalah sangat susah (ingat: NO PAIN NO GAIN), sebagai contoh setiap penuntut diberikan "denda" menulis kembali huruf yang terlupa sebanyak seribu kali. Hasilnya, penuntut itu tidak lagi berani untuk membuat kesilapan dan secara tak lansung dengan menulis seribu kali setiap kesalahan membuatkan penuntut itu beringat supaya tidak mengulanginya. Selamat mencuba!


Sesungguhnya tiada satupun kaedah yang boleh menjanjikan penguasaan anda dalam Kod Morse jika anda sendiri tidak berusaha. Latarbelakang seseorang adalah berbeza dari segi IQ, jantina, umur, pendidikan, pekerjaan, bakat, kesungguhan dan lain-lain. Anda harus mencuba pelbagai kaedah dan bereksperimentasi dengannya supaya anda temui teknik yang paling sesuai bagi diri anda - Piju 9M2PJU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...