Total Pageviews

Popular Posts

Friday, October 05, 2012

Stesen Radio WWV



WWV adalah isyarat panggilan kepada stesen pemancar radio di Fort Collins, Colorado kepunyaan United States National Institude Of Standard and Technology (NIST). Stesen WWV memancar masa rasmi kerajaan Amerika di 2.5, 5, 10, 15 dan 20 MHz. Isyarat masa stesen ini dikawal oleh atomic clocks. NIST juga mempunyai stesen yang fungsinya sama di Kauai, Hawaii dengan isyarat panggilan WWVH. Stesen ini memancar dengan suara yang telah direkod, WWV memancar suara lelaki tetapi WWVH memancar dgn suara perempuan. Kadangkala stesen ini juga membuat pengumuman am seperti status satelit GPS dan beberapa amaran cuaca. Stesen WWV juga berkongsi tempat dgn satu lagi stesen, WWVB yang mana memancar kod masa tanpa suara pada frekuensi 60 kHz.



Tahukah anda?

Isyarat yang dipancarkan oleh stesen radio ini sangat berguna kepada radio amatur. Ada kalanya saya membuat "time sync" jam tangan dengan mendengar kepada isyarat WWVH. WWVH selalunya kuat diterima di tempat tinggal saya, mungkin memandangkan lokasinya juga berhampiran dengan Malaysia.

Jika saya dapat menerima pancaran dari WWVH dengan kuat sekali di tempat saya, mungkin propagasi di frekuensi berhampiran sangat bagus pada masa itu. Tanpa melihat kepada website DX cluster, saya boleh mencuba untuk memanggil stesen dari kawasan berdekatan dengan stesen radio WWVH.

Jika anda berada diluar kawasan tempat tinggal, samada di tapak dxing atau pun portable station di tepi bukit/pantai, tetapi anda terlupa untuk membawa jam. Anda boleh mengetahui masa dengan hanya menala radio anda ke frekuensi WWVH.



Untuk maklumat lanjut, sila ke




No comments:

Post a Comment