- Electronic engineering
- Electrical engineering
- Civil engineering
- Mechanical engineering
- Social engineering dan lain-lain.
Jika kita punyai duit, semua benda kita boleh beli. Semua benda kita boleh miliki tetapi tidak boleh beli semua ilmu. Ilmu itu mungkin secara tidak lansung diperolehi dari pengalaman kawan-kawan atau pun pengalaman sendiri, seperti kata pepatah "pengalaman adalah cikgu yang terbaik".
Apa guna radio yang bagus, keyer yang mahal dan antenna yang besar jika kita sendiri tidak mahu bersosial dan bertukar pendapat serta bersantai dengan kawan sehobi ? dont judge book by it's cover, jumpa dahulu dan kenali dahulu sebelum anda berkata-kata atau mengeluarkan statement. Kelemahan diri sendiri sudah tentu lebih diketahui oleh lawan, bukan diri sendiri. Tidak kenal maka tidak cinta.
Perbezaan kaum, jantina, umur, lokasi bukan faktor penghalang. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Kita semua pasti mahukan persahabatan yang bermula di gelombang radio berterusan sampai ke meja minum. Bukan sekadar sebagai contacted station di radio sahaja. Yang betul seharusnya dijaja dan yang buruk sepatutnya diperbetulkan. Siapa lagi mahu educate kelompok kita kalau bukan diri kita sendiri ?.
Jangan menghina orang dari segi kelas lesen radio amatur sahaja. Kalau diikutkan ramai kawan pemegang lesen kelas bawah bekerja sebagai pensyarah, jurutera dan juga pasukan beruniform. Ada juga yang telah menjadi SWL berpuluh tahun lamanya, ada yang wind coil sendiri dan buat linear amplifier, ada yang boleh cerita A-Z tentang vacuum tube. Sepatutnya orang macam ni lah perlu kita rapatkan diri jika betul ingin menuntut ilmu.
Jangan sempitkan scope kita kalau ingin berkawan dan mencari ilmu. Kawanlah seramai yang mungkin, jangan membezakan kaum, umur, lokasi ataupun jantina. Taraf pendidikan berbeza tidak menjadi penghalang, mungkin pengalamannya lebih. Jika anda mudah menghukum seseorang dari segi penulisan, maka anda silap. Tak kenal maka tak cinta.
Apa guna contacted DX station yang ramai sedangkan anda tiada kawan sehobi di negara sendiri ? apa guna kawan ramai di frekuensi sedangkan kawan untuk bertemu dan berbincang tentang radio amatur tiada ? Fikir dan tanya mereka yang lebih berumur, jika anda baru setahun jagung. Orang lama lebih banyak pengalaman. Rujuk dan bertemulah dengan mereka selagi mereka hidup. Jangan serkap jarang, jika ada seorang dari kelompok itu pernah mengecewakan anda, jangan pukul rata beranggapan semua dari kelompok itu akan berbuat begitu.
Jangan bersifat perkauman, menghina atau menghukum sesuatu kaum tanpa anda mengenalinya dengan lebih rapat. Jangan mendiskriminasikan sesuatu jantina ataupun orang dari sesuatu tempat. Tidak kenal maka tidak cinta, saya berpesan kepada diri sendiri supaya kenalilah dahulu diri sendiri sebelum mengenali orang lain. Sesungguhnya hidup ini adalah adil. Jika anda pernah jatuhkan orang dengan modal yang anda ada sahaja. maka tunggulah balasan dari orang lain dengan modal yang anda tiada. Apa yang anda beri, itu yang anda akan dapat. Saya minta maaf jika tersalah tulis. Jika saya salah, tunjukkan saya ke jalan yang benar. Saya tidaklah sempurna seperti orang lain. Kalau 1000 orang kata saya salah, maka salahlah saya.
No comments:
Post a Comment