Total Pageviews

Popular Posts

Wednesday, January 25, 2012

2012 Chinese New Year DX QSOs



We (9M2GET, 9M2ZAK and me 9M2PJU) are having fun on 40m CW Dxing on the 2012 Chinese New Year holidays. Not as much as you all think, but for me it is realy fun. See you later guys.

Monday, January 23, 2012

2012 Chinese New Year Celebration

Celebrating my holiday on 40m CW mode. These are logged QSO. Just click photo to enlarge. Spotted 9M2MRS with 9M2ZAK on the band while i'm CQing for contact. Maybe they are also celebrating their holidays. 




Sunday, January 15, 2012

Kuch Kuch Hota Ham Radio



Original Version



9M2PJU's Version.

Sorry, cant play longer than this. Youtube wont allow me to upload bigger size of video. Enjoy!

Friday, January 06, 2012

MARES


Pengenalan

MARES adalah nama singkatan kepada Malaysian amateur radio emergency service society atau persatuan perkhidmatan radio amatur kecemasan Malaysia.

Objektif

Ahli MARES terdiri dari sukarelawan radio amatur yang bersedia untuk menyediakan perkhidmatan perhubungan di waktu kecemasan, apabila cara perhubungan biasa sukar didapati kerana kerosakan, kesesakan perkhidmatan ataupun diluar kawasan perkhidmatan.

Objektif utama MARES


  1. Menyediakan perkhidmatan perhubungan secara meluas di masa kecemasan seperti ribut taufan, gempa bumi dan tanah runtuh atau pelbagai seperti kebakaran atau banjir besar dan juga ketika dalam usaha mencari dan menyelamat (search and rescue) seperti kemalangan kapal terbang, apabila cara perhubungan biasa sukar didapati. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk memberikan satu perkhidmatan perhubungan yang efektif dan berkesan.
  2. Menyediakan perkhidmatan perhubungan di kawasan yang dilanda kecemasan apabila diperlukan.
  3. Membantu dalam usaha mencari dan menyelamat dengan memberikan rangkaian perhubungan dari tempat kecemasan ke pusat operasi kecemasan.
  4. Member rangkaian perhubungan kecemasan di antara jabatan perkhidmatan awam, pbsm, bomba dan penyelamat, polis, tudm, dca dan mana-mana pihak yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat.
  5. Mempromosikan kepada umum tatacara penggunaan komunikasi radio dan bertukar-tukar maklumat dan idea dalam bidang komunikasi radio di kalangan ahli.
  6. Menggalakkan perkembangan am sains dan penggunaan komunikasi radio, satelit dan digital ke semua peringkat masyarakat.
Sejarah MARES

Ahli-ahli radio amatur sebelum ini telah bergiat aktif dalam komunikasi bencana semenjak tahun 1967 lagi di mana pada ketika itu banjir besar berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan ahli radio amatur dipanggil untuk memberi bantuan komunikasi kecemasan setelah semua perhubungan terputus, kecuali perhubungan wireless.

Pada 11 disember 1993 ketika kejadian runtuhan bangunan Highland Tower, sekali lagi ahli radio amatur dipanggil untuk memberikan bantuan komunikasi di antara tempat kejadian ke Hospital Kuala Lumpur. Bantuan komunikasi ini diberikan selama 24 jam sehari selama 5 hari berturut-turut.

Pada bulan februari 1999, ahli radio amatur dipanggil lagi oleh JPA3 Negeri Sembilan bagi membantu pihak JPA3, polis, dca dan tudm dalam usaha mencari dan menyelamat kejadian kapal terbang Cesna terhempas di hutan Mantin. Semua komunikasi telefon bimbit di kawasan ini tidak berfungsi kecuali komunikasi radio amatur.

Pada bulan februari 2002, persatuan bulan sabit merah dari ibu pejabat peringkat nasional memohon bantuan komunikasi kecemasan semasa banjir besar berlaku di Kuantan, Pahang. Pihak radio amatur berjaya menyediakan komunikasi wireless dari Kuantan ke Kuala Lumpur.



Sejarah Penubuhan ASTRA



Sejarah Ringkas Penubuhan ASTRA

Penubuhan sebuah persatuan baru radio amator mula dicadangkan dalam satu perjumpaan tidak resmi. Cadangan ini dikemukakan setelah beberapa cadangan yang dibuat oleh kalangan tertentu beberapa tahun sebelum itu tidak menjadi kenyataan setelah mendapat tentangan dari segelintir ham Melayu. Malah cadangan hanya tinggal cadangan, tidak ada sebarang usaha ke arah menjayakan penubuhan persatuan berkenaan.

Perjumpaan Pertama

Tarikh : 6 Julai 1997

Jam : 4.00 Petang

Tempat : No. 73, Lorong Melati 5, Taman Chengai Indah, Telok Chengai, 06600 Alor Setar, Kedah

Tujuan : Cadangan menubuhkan persatuan mula dibincangkan.

Yang Hadir :

1. Khalijah Husain [Kedah]

2. Masrani Mahlan [Kedah]

3. Mohd Pudzi Ali [Kedah]

4. Ahmad Kamel Kasim [Kedah]

5. Azmi Abdullah [Pulau Pinang]

6. Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]

7. Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]

8. Amir Hassan [Pulau Pinang]

9. Abd Aziz Abdullah @ Sin Ja Koon [Kedah]

10. Md Zahir Chin [Kedah]

Semua yang hadir pada perjumpaan berkenaan bersetuju agar usaha ke arah menubuhkan persatuan dijalankan walaupun akan menghadapi tentangan dari pihak tertentu yang mungkin akan cuba melemahkan usaha berkenaan.

Perjumpaan Kedua

Tarikh: 20 Julai 1997

Jam : 3.30 Petang

Tempat : Lot 195, Kampung Tok Kesop, 06000 Jitra, Kedah

Tujuan : Merangka perlembagaan persatuan

Yang Hadir :

1. Azmi Abdullah [Pulau Pinang]

2. Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]

3. Mohd Pudzi Ali [Kedah]

4. Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]

5. Ahmad Kamel Kasim [Kedah]

Urusan untuk membuat jemputan ke Mesyuarat Agung Penubuhan diserahkan kepada: 9M2BA [Azmi], 9W2BB [Amir] dan Masrani Mahlan.

Perjumpaan Ketiga – Mesyuarat Agung Penubuhan

PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA [ The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia ] yang merangkumi Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara ditubuhkan dengan resminya pada 2 OGOS 1997 dalam Mesyuarat Agung Penubuhannya yang dihadiri seramai 22 orang peminat Radio Amator.

Tarikh : 2 Ogos 1997

Jam : 8.30 malam

Tempat :No. 73, Lorong Melati 5, Taman Chengai Indah, Telok Chengai, 06600 Alor Setar, Kedah

Yang Hadir:

0001 – Ahmad Kamel Kasim [Kedah]

0002 – Mohd Pudzi Ali [Kedah]

0003 – Anuar Ahmad [Kedah]

0004 – Marzuki Saad [Kedah]

0005 – Haji Shamsuddin Teh [Kedah]

0006 – Azmi Abdullah [Pulau Pinang]

0007 – Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]

0008 – Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]

0009 – Amir Hassan [Pulau Pinang]

0010 – Mat Isa Baharom [Kedah]

0011 – Masrani Mahlan [Kedah]

0012 – Faisul Aris Othman [Kedah]

0013 – Haji Abd Rahim Othman [Kedah]

0014 – Md Zahir Chin [Kedah]

0015 – Khalijah Husain [Kedah]

0016 – Abd Aziz Abdullah @ Sin Ja Koon [Kedah]

0017 – Che Zaim Bahari [Kedah]

0018 – Ishak Ahmad [Kedah]

0019 – Zulkifli Mohamad [Kedah]

0020 – Noor Azman Zakaria [Kedah]

0021 – Ayub Hassan [Kedah]

0022 – Kamaruzzaman Didok [Kedah]

Sebenarnya cadangan awal yang dikemukakan untuk nama persatuan ialah PERSATUAN ASTRONOMI DAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA atau ringkasnya ASTRA [yang bermaksud AST = Astronomi, manakala RA = Radio Amator]. Tetapi, setelah difikirkan kepentingan masa depan orang Melayu dalam bidang radio amator, mesyuarat menolak nama berkenaan. Akhirnya diputuskan bahawa nama yang akan digunakan ialah PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA [The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia]. Walaupun begitu nama ASTRA terus diterima pakai.

Jawatankuasa Penaja – 2 Ogos 1997

Presiden [P] : Marzuki b Saad

Naib Presiden 1 [P] : Haji Shamsuddin b Teh

Naib Presiden 2 [P] : Azmi b Abdullah

Setiausaha Kehormat [P] : Ahmad Kamel b Kasim

Pen Setiausaha Kehormat [P] : Zainal Abedin b Md Yacob

Bendahari Kehormat [P] : Md Isa b Baharum
Ahli Jawatankuasa [P]:

Burhanuddin b Wahi

Masrani b Mahlan

Mohd Pudzi b Ali

Faisul Aris b Othman

Anuar b Ahmad

Amir Hassan

Juru Audit [P]:

Haji Abd Rahim b Othman

Md Zahir b Chin

Pada 6 Julai 1998, Mesyuarat Agung Tahunan ASTRA Kali Pertama diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dengan pemilihan Jawatankuasa Pengurusan 1998-1999:

Presiden – Azmi Abdullah, Naib Presiden 1 – Marzuki Saad, Naib Presiden 2 – Abd Rahim Abd Rahman, Setiausaha Kehormat – Zainal Abedin Md Yacob, Penolong Setiausaha Kehormat – Mohd Khalid Hj Mohd Yusof, Bendahari Kehormat – Burhanuddin Wahi, Ahli Jawatankuasa – Anuar Ahmad, Abdul Ssukur Haji Ahmad, Zulkifli Hashim, Haji Shamsuddin Teh dan Shafiee Omar.

QSL Manager (InWard-OutWard) – Zulkifli Hashim, Editor Buletin ASTRA – Zainal Abedin Md Yacob dan Pegawai Seranta – Marzuki Saad. Juru Audit – Mohd Nor Azlan Ujang dan Idris Hussin.

Sumber dari http://astra.org.my/pengenalan/sejarah/

Wednesday, January 04, 2012

Bertemu Buku Dengan Ruas

Salam sejahtera untuk semua pembaca, saya tertarik untuk menulis tentang satu perkara yang berlaku dikalangan radio amatur di Malaysia. Dahulu ada terjadi satu kes dimana seseorang itu mencaci, menghina mereka yang tidak tahu Morse code. Tapi setelah sekian lama, bila beliau bertemu buku dengan ruas baru beliau sedar betapa peritnya pertembungan itu dan mula menyebut yang diri sendiri tidak sempurna dan salahkah attitude orang lain bila berhadapan dengan beliau. Para pembaca harus ingat bahawa tahu Morse code bukan bermaksud tahu semua benda. Ramai yang belajar kod Morse mungkin kerana itu adalah salah satu tuntutan untuk menaiktaraf ke kelas A di Malaysia. Tetapi kena ingat, ilmu dalam radio amatur ini tidak terbatas pada itu sahaja, jika kita betul dilandasan yang betul dan ingin mencari ilmu secara tidak lansung anda akan dapat belajar tentang:

  1. Electronic engineering
  2. Electrical engineering
  3. Civil engineering
  4. Mechanical engineering
  5. Social engineering dan lain-lain.

 Jika kita punyai duit, semua benda kita boleh beli. Semua benda kita boleh miliki tetapi tidak boleh beli semua ilmu. Ilmu itu mungkin secara tidak lansung diperolehi dari pengalaman kawan-kawan atau pun pengalaman sendiri, seperti kata pepatah "pengalaman adalah cikgu yang terbaik".

Apa guna radio yang bagus, keyer yang mahal dan antenna  yang besar jika kita sendiri tidak mahu bersosial dan bertukar pendapat serta bersantai dengan kawan sehobi ? dont judge book by it's cover, jumpa dahulu dan kenali dahulu sebelum anda berkata-kata atau mengeluarkan statement. Kelemahan diri sendiri sudah tentu lebih diketahui oleh lawan, bukan diri sendiri. Tidak kenal maka tidak cinta.

Perbezaan kaum, jantina, umur, lokasi bukan faktor penghalang. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Kita semua pasti mahukan persahabatan yang bermula di gelombang radio berterusan sampai ke meja minum. Bukan sekadar sebagai contacted station di radio sahaja. Yang betul seharusnya dijaja dan yang buruk sepatutnya diperbetulkan. Siapa lagi mahu educate kelompok kita kalau bukan diri kita sendiri ?.

Jangan menghina orang dari segi kelas lesen radio amatur sahaja. Kalau diikutkan ramai kawan pemegang lesen kelas bawah bekerja sebagai pensyarah, jurutera dan juga pasukan beruniform. Ada juga yang telah menjadi SWL berpuluh tahun lamanya, ada yang wind coil sendiri dan buat linear amplifier, ada yang boleh cerita A-Z tentang vacuum tube. Sepatutnya orang macam ni lah perlu kita rapatkan diri jika betul ingin menuntut ilmu.

Jangan sempitkan scope kita kalau ingin berkawan dan mencari ilmu. Kawanlah seramai yang mungkin, jangan membezakan kaum, umur, lokasi ataupun jantina. Taraf pendidikan berbeza tidak menjadi penghalang, mungkin pengalamannya lebih. Jika anda mudah menghukum seseorang dari segi penulisan, maka anda silap. Tak kenal maka tak cinta.

Apa guna contacted DX station yang ramai sedangkan anda tiada kawan sehobi di negara sendiri ? apa guna kawan ramai di frekuensi sedangkan kawan untuk bertemu dan berbincang tentang radio amatur tiada ? Fikir dan tanya mereka yang lebih berumur, jika anda baru setahun jagung. Orang lama lebih banyak pengalaman. Rujuk dan bertemulah dengan mereka selagi mereka hidup. Jangan serkap jarang, jika ada seorang dari kelompok itu pernah mengecewakan anda, jangan pukul rata beranggapan semua dari kelompok itu akan berbuat begitu.

Jangan bersifat perkauman, menghina atau menghukum sesuatu kaum tanpa anda mengenalinya dengan lebih rapat. Jangan mendiskriminasikan sesuatu jantina ataupun orang dari sesuatu tempat. Tidak kenal maka tidak cinta, saya berpesan kepada diri sendiri supaya kenalilah dahulu diri sendiri sebelum mengenali orang lain. Sesungguhnya hidup ini adalah adil. Jika anda pernah jatuhkan orang dengan modal yang anda ada sahaja. maka tunggulah balasan dari orang lain dengan modal yang anda tiada. Apa yang anda beri, itu yang anda akan dapat. Saya minta maaf jika tersalah tulis. Jika saya salah, tunjukkan saya ke jalan yang benar. Saya tidaklah sempurna seperti orang lain. Kalau 1000 orang kata saya salah, maka salahlah saya.