Total Pageviews

Popular Posts

Sunday, October 16, 2011

Siapakah Station Master ?

Tahukah anda bahawa, jika sesuatu callsign event atau kelab dikeluarkan memerlukan station master untuk beroperasi ?


Apakah itu station master ?

  1. station master adalah orang yang memegang callsign kelas A ataupun extra class (mengikut pengelasan negara masing-masing) yang masih sah dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam telekomunikasi, undang-undang peringkat wilayah IARU, undang-undang negara, mampu mendemonstrasikan teori teknikal dan juga praktikal, mempunyai amalan dan teori prosidur pengeoperasian yang betul dan yang paling penting adalah memahami konsep radio amatur.
  2. station master juga mestilah bertanggungjawab, sebagai contoh, jika operasi SSB di high frekuensi, station master perlu mendidik operator yang lain akan cara dan prosidur yang sepatutnya dilakukan dan yang harus dielakkan. 
  3. station master perlu tau apa itu panggilan kecemasan ataupun distress call. station master perlulah dari mereka yang kenal apa itu "mayday, mayday", "pan, pan" dan juga morse code "... --- ...".
  4. station master perlu tahu apa itu base station, mobile, portable station, maritime mobile, parachute mobile, human portable dan juga stationary mobile.
  5. jika station master masih bingung dan tidak faham apa itu "break" atau  morse code "BK", mereka haruslah merujuk kepada undang-undang, tatacara dan juga guidelines pada peringkat IARU sendiri. kadangkala guidelines peringkat negara tidak sezaman dengan apa yang ditulis pada peringkat IARU. harus diingat bahawa, bila beroperasi di high frekuensi, isyarat yang dipancarkan tiada sempadan negara. malahan satu dunia boleh menerima isyarat yang dipancarkan.
  6. station master perlu membimbing mereka yang masih baru dalam radio amatur, persiapan seperti pertunjukan cara penggunaan peralatan radio, skrip untuk prosidur suara adalah sangat penting bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini. 
  7. station master mestilah mengetahui dan mampu melaksanakan apa jua operasi radio seperti SSB, CW dan juga digital,  bila berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan komunikasi bantuan kecemasan, peralatan tambahan seperti antenna tuning unit, linear amplifier, full wave antenna sangat berguna.jika microphone rosak, station master perlu tau operasi dan juga prosidur dalam operasi bentuk morse code.
  8. station master juga perlulah dari mereka yang sentiasa tahu akan perubahan undang-undang di peringkat negara dan juga di peringkat wilayah IARU. contohnya, jika berlaku sebarang bencana alam di Jepun, beberapa frekuensi akan dikhaskan untuk proses bantuan bencana alam. jadi, station master di Malaysia haruslah tahu apa perkembangan terkini yang berlaku supaya tidak berlaku kekeliruan dan juga kekacauan nanti.
  9. station master juga mestilah dari mereka yang sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu yang seharusnya seseorang radio amatur tahu seperti draft spektrum dari pihak authority, notis bandplan dari IARU wilayah, teori pembuatan antenna, teori propagasi, tatacara penggunaan radio (manual) dan lain-lain.
  10.  "mendengar dahulu sebelum bercakap" adalah satu amalan yang bagus. jika anda orang Melayu, sudah tentu anda faham apa itu ungkapan "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"
  11. station master seharusnya dari mereka yang mengamalkan K.I.S.S (keep it short and simple) method. jika anda menggunakan sumber kuasa yang terhad seperti bateri, amalan ini adalah bagus kerana sumber tenaga yang terhad, dengan short and simple operation anda tidak membazir tenaga. jika bercakap terlalu berbunga, banyak selingan dengan perkara yang tidak penting selalunya membawa kepada penghantaran mesej yang tidak jelas terutama jika keadaan frekuensi yang tidak bagus seperti noise, interference dan lain-lain.
  12. station master perlu ada disamping operator lain pada setiap masa operasi dan tidak boleh menyerahkan tugas kepada orang lain ini adalah kerana, jika berlaku perkara yang operator sampingan tidak mampu menyelesaikannya, station master perlu bertanggungjawab. sebagai contoh, dalam pertengahan komunikasi, tiba-tiba terdengar morse code "... --- ..." dengan kuat dan operator yang tidak tahu akan perkara ini, station master perlulah mengambil alih station dengan segera.
  13. station master seharusnya tahu untuk membuat antenna ringkas dari bahan yang ada di sekitar tapak station. jika berlaku kerosakan antenna, dan mesej yang penting harus dihantar, station master perlu mengambil langkah untuk membina antenna baru supaya mesej yang penting itu dapat dihantar. 
  14. station master mesti peka kepada keadaan sekeliling, jika berlaku cuaca yang tidak bagus untuk operasi. station master berhak untuk mengarahkan station itu ditutup sementara demi keselamatan peralatan dan juga nyawa operator yang lain.
  15. jika station itu beroperasi di high frequency, station master perlu tahu bahasa inggeris. ini adalah kerana bahasa inggeris adalah bahasa radio amatur dan juga bahasa international. kebanyakkan manual peralatan radio itu sendiri ditulis di dalam bahasa inggeris dan bukanlah di dalam bahasa melayu.
  16. station master memerlukan operator radio amatur yang terdiri dari kelas tertinggi dan layak menggunakan semua frekuensi yang dibenarkan kepada amatur dengan jumlah kuasa yang telah ditetapkan. sesetengah negara memerlukan beberapa ujian untuk membolehkan seseorang itu mendapat kelas tertinggi. sebagai contoh, ada beberapa negara yang memerlukan ujian teori bertulis, dan juga praktikal dalam pengendalian peralatan radio dan ada juga negara masih yang mengekalkan ujian morse code. ada juga beberapa negara yang menerima educational dan juga profesional qualification dalam bidang eletrikal dan juga eletronik seperti ijazah ataupun diploma.

"The granting of a separate license to a club or organization generally requires that an individual with a current and valid amateur radio license, who is in good standing with the telecommunications authority, assumes responsibility for any operations conducted under the club license or club call sign."

2 comments:

  1. sepatutnya mcm tu la.... station master nih mengawal selia operasi radio club. dan sepatutnya... ahli ahli kelab mengambil manfaat pergi dan belajar di kelab.

    ReplyDelete