Popular Posts

Wednesday, May 31, 2017

Aplikasi Ramalan Propagasi Frekuensi Tinggi

Beroperasi pada frekuensi tinggi atau high frequency adalah menyeronokkan bagi seseorang operator radio amatur. Kerana dengan beberapa alat asas kita mampu berhubung atau mendengar isyarat dari negara yang jauh.

Tetapi apakah bantuan atau panduan kita untuk menggunakan frekuensi tinggi?

Kali ini saya cuba terangkan sedikit tentang satu aplikasi yang saya selalu gunakan iaitu Droidprop sebagai aplikasi bantuan untuk meramal propagasi pada frekuensi tinggi.

Droidprop merupakan satu aplikasi ramalan propagasi gred profesional untuk frekuensi tinggi (HF) dan sesuai untuk digunakan oleh semua operator termasuk operator radio amatur, tentera, polis, sebarang agensi yang menggunakan frekuensi tinggi sebagai medium perhubungan radio mahupun bagi peminat pendengar shortwave (SWL).

Aplikasi ini akan mengira peratusan keboleharapan sesuatu frekuensi dan output yang dijana boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin menggunakan frekuensi tersebut.

Segala data mentah diambil dari VOACAP iaitu voice of america coverage analysis program. Satu program yang dibina oleh voice of america, satu institusi broadcasting yang dibiayai oleh kerajaan America.

Mari kita lihat apa yang droidpro boleh lakukan



Sebagai gambaran untuk semua, saya cuba jana ramalan komunikasi dari pemancar di Kuala Lumpur dan Gua Musang sebagai penerima.



Features yang telah dimasukkan adalah, lokasi pemancar dan penerima, ketinggian antenna dan jenis antenna, mode pemancaran serta jumlah kuasa.



Ini adalah output ramalan yang telah dijana. Berdasarkan output ini perkara yang harus kita ambil kira adalah masa untuk berhubung dan juga maximum usage frequency serta keboleharapan pada sesuatu frekuensi yang dipilih.



Peratusan yang digambarkan dalam output tadi merupakan nilai bagi nisbah signal to noise. Hasil ramalan ini dapat memberi idea kepada anda untuk memilih frekuensi terbaik untuk digunakan.

Diingatkan sekali lagi output yang dijana oleh aplikasi ini hanyalah ramalan. Faktor-faktor lain juga harus diambil kira ketika menggunakan frekuensi tinggi. Sebagai contoh, pemilihan mod dan nilai kuasa pancaran serta jenis transmitter dan receiver, jenis antenna dan juga kadar untung (gain), soil conductivity, QRM/QRN dan lain-lain.



posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...