Popular Posts

Saturday, September 27, 2014

9M2PJU With 9M2AT OP 9W2AHU



First contact on 40 meters using my new antenna, coaxial collinear. After that, i went to 20m and made 77 QSOs on CW mode.

Here is RBN report for 20 meters




Homebrew Common-mode Choke


Common-mode choke berfungsi untuk mengurangkan common-mode current yang mengalir melalui kabel coaxial seterusnya mengurangkan risiko berlakunya radio frequency interference. Cara untuk membuat choke ini adalah dengan melilit 18 ke 21 kaki kabel coaxial 50 ohm kepada sebarang non-conductive silinder. Berapa bilangan lilitan tidak kritikal.

Sekitar Ujian CW (Kod Morse) Siri 2014-2 Di SKMM Cyberjaya

Pada hari khamis 25 september 2014 yang lepas, satu ujian amali kod Morse telah dilakukan di Ibupejabat SKMM Cyberjaya. Calon yang hadir untuk ujian ini adalah seramai 26 orang, hanya 6 dari mereka telah lulus.




Ramai operator radio amatur yang hadir untuk memberi sokongan kepada mereka antaranya ialah, 9M2AR, 9M2RS, 9M2RB, 9M2AU, 9M2ZC, 9M2NRS, 9M2TPT, 9M2YRS, 9M2MCB, 9M2SGN, 9M2AIM, 9M2RHQ, 9M2DOP, 9M2RMT 9M2ESM, 9M2YOT dan ramai lagi.



Ujian CW diadakan 2 kali dalam masa setahun, pada waktu ujian ini berlansung selalunya ramai yang hadir dari seluruh pelusuk negeri sambil itu dapat memberi peluang kepada mereka untuk beramahmesra setelah lama tidak berjumpa.



9M2ZC sempat menunjukkan stesen HF bergeraknya kepada operator radio amatur yang lain. Kenderaan ini dilengkapi dengan set radio jenama BARRET, antenna jenis gelung berpenala jenis automatik. Antenna NVIS ini sesuai untuk komunikasi kecemasan dan juga taktikal.



Wednesday, September 17, 2014

Ikatan Dan Operator Radio Amatur



seorang radio amatur harus tahu beberapa teknik simpulan dan ikatan asas. ianya sangat berguna ketika memasang wire antenna. kaedah atau teknik ikatan sangat penting untuk mengekalkan keadaan element berwayar supaya kukuh tidak mudah tercabut. semasa antenna party di rumah Hamid Tpt, saya menggunakan fisherman's knot untuk mengikat elemen radiator dan reflector antenna hexbeam. fisherman's knot sesuai untuk mengikat tali atau wayar yang symmetrical. keterangan dan gambar di sini http://9m2pju.blogspot.com/2012/09/antenna-party-9m2tpt.html

Tuesday, September 16, 2014

2014 IARU Region 1 HST Championship

IARU Region 1 akan mengadakan High Speed Telegraphy Championship yang ke 8 di Montenegro pada 12 sehingga 16 September 2014. Kejohanan tahunan ini telah melahirkan ramai atlit high speed telegraphy lelaki dan juga perempuan dari negara-negara Europe.Antara negara yang sering mendapat pingat kejohanan ini adalah Jerman, Romania, Russia, Poland, Hungary dan Denmark. Sila ke http://www.hst2014.org/ untuk mengetahui tentang kejohanan ini.

Kaedah Belajar Kod Morse

Tahukah anda, terdapat 2 kaedah pembelajaran kod Morse yang popular? Pertama, kaedah Farnsworth. Kaedah ini diajar untuk menerima kod pada kelajuan yang diinginkan tetapi dipanjangkan space di antara huruf supaya mengurangkan kelajuan kod sebenar untuk memberi masa berfikir supaya senang untuk sesi pembelajaran. Jika berjaya mengenalpasti kesemua huruf, bilangan spaces antara huruf dikurangkan sedikit demi sedikit supaya mencapai kelajuan sebenar yang diinginkan. Kaedah farnsworth dinamakan sempena Donald R. Farnsworth W6TTB. Kaedah kedua adalah kaedah Koch. Kod dihantar pada kelajuan sebenar yang diingini, tetapi cuma bermula dengan 2 set huruf sahaja. Apabila 2 set huruf ini dapat dikenal dengan sepenuhnya barulah ditambah dengan set huruf selanjutnya sehingga lengkap kesemua huruf. Kaedah ini dinamakan sempena pakar saikologi Jerman, Ludwig Koch.

Monday, September 15, 2014

CW Dan Operator Radio Amatur Berkulit Hitam

Tahukah anda ? pada tahun 40an dan 50an, kebanyakan operator radio amatur di Amerika Syarikat yang berkulit putih tidak akan bercakap dengan operator radio amatur berkulit hitam oleh kerana diskriminasi dan juga perkauman pada masa itu. Bagi operator radio amatur berkulit hitam, mereka memilih untuk berkomunikasi dalam mod CW bagi menyembunyikan slang atau loghat mereka kepada operator radio amatur berkulit putih. Dalam mod CW, tiada siapa dapat mengagak apa loghat, umur, bangsa atau warna kulit anda.

Sunday, September 14, 2014

Mod CW

Modulasi merupakan satu proses dalam sebuah pemancar di mana bunyi suara, atau sebarang kod mesej dimasukkan ke gelombang radio. Perbezaan kaedah untuk memodulasikan isyarat radio dipanggil mod. Isyarat radio yang belum dimodulasikan dipanggil sebagai carrier. Sebagai contoh, jika anda mendengar bunyi angin pada sebuah penerima, itu adalah carrier. Mod-mod ini mempunyai kebaikan dan juga keburukan yang tersendiri. Sebagai contoh, CW merupakan satu bentuk mod yang ringkas. Output pemancar dihidupkan dan dimatikan untuk membentuk karakter kod Morse. Pemancar CW adalah ringkas dan tidak mahal. Isyarat CW tidak menggunakan ruang frekuensi yang besar. selalunya kurang dari 500 hz. Walau bagaimana pun, isyarat CW susah untuk didengar pada penerima lama. Selalunya radio moden dilengkapi dengan beat frequency oscillator. Litar BFO ini menghasilkan carrier kedua yang "berlaga" dengan isyarat CW yang diterima seterusnya menghasilkan bunyi CW.

Saturday, September 13, 2014

Kad QSL





Tahukah anda, kad QSL mempunyai nilai sentimental yang tersendiri? Pada zaman dulu tiada kemudahan internet, jadi kad QSL menjadi bukti penting untuk menunjukkan bukti komunikasi. Kad QSL merupakan kad pertukaran di antara radio amatur untuk mengesahkan sebarang komunikasi antara mereka. Selalunya setiap negara diwakili oleh satu biro QSL. Di Malaysia, biro QSL MARTS adalah biro rasmi. Kad QSL tidak terhad kepada radio amatur sahaja, tetapi juga kepada SWL. Kad QSL boleh digunapakai untuk menaiktaraf kelas lesen radio amatur di sesetengah negara. Kad QSL juga boleh menjadi bukti worked dxcc kepada mereka yang ingin memohon award tertentu. Oleh sebab itu, kad QSL masih menjadi pilihan bagi radio amatur di seluruh dunia. Kepada peminat dan pengumpul kad QSL, sila join Malaysian QSL Card Collector untuk berkongsi koleksi kad QSL anda bersama ahli lain.

Sunday, September 7, 2014

KA7OEI AC And DC Filters

DC line filter. To suppress noise from your switching mode power supply entering you rigs.


AC line filter. To filter RFI from AC line entering your switching mode power supply. 



These filter can be use with your radio's power supply and also to filter any switching mode power supply that give noises to your radio. Example, your laptop battery charger. Better than snap on chokes or ferrites!!

Wednesday, September 3, 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...