Popular Posts

Saturday, September 27, 2014

Sekitar Ujian CW (Kod Morse) Siri 2014-2 Di SKMM Cyberjaya

Pada hari khamis 25 september 2014 yang lepas, satu ujian amali kod Morse telah dilakukan di Ibupejabat SKMM Cyberjaya. Calon yang hadir untuk ujian ini adalah seramai 26 orang, hanya 6 dari mereka telah lulus.




Ramai operator radio amatur yang hadir untuk memberi sokongan kepada mereka antaranya ialah, 9M2AR, 9M2RS, 9M2RB, 9M2AU, 9M2ZC, 9M2NRS, 9M2TPT, 9M2YRS, 9M2MCB, 9M2SGN, 9M2AIM, 9M2RHQ, 9M2DOP, 9M2RMT 9M2ESM, 9M2YOT dan ramai lagi.



Ujian CW diadakan 2 kali dalam masa setahun, pada waktu ujian ini berlansung selalunya ramai yang hadir dari seluruh pelusuk negeri sambil itu dapat memberi peluang kepada mereka untuk beramahmesra setelah lama tidak berjumpa.



9M2ZC sempat menunjukkan stesen HF bergeraknya kepada operator radio amatur yang lain. Kenderaan ini dilengkapi dengan set radio jenama BARRET, antenna jenis gelung berpenala jenis automatik. Antenna NVIS ini sesuai untuk komunikasi kecemasan dan juga taktikal.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...