Popular Posts

Saturday, October 20, 2012

Mesej Tersembunyi (Morse Code) Dalam Lagu

Di Colombia, polis dan askar yang diculik dan ditahan oleh gerila FARC selama 12 tahun lebih hanya dibenarkan untuk mendengar berita dan juga muzik tertentu di radio. Pihak DDB Colombia dengan kerjasama tentera Colombia telah mencipta satu lagu yang mengandungi mesej tersembunyi (hidden message). Rentak yang sebenarnya pada chorus lagu itu adalah kod MORSE, memberitahu tentang berapa orang mangsa tahanan telah diselamatkan dan mereka juga akan diselamatkan nanti. Ini penting untuk mengembalikan moral tahanan yang telah lama ditahan pihak gerila.


"The Code" - Lagu ini telah ke udara selama 2 bulan lebih di 100 stesen radio berlainan merentasi Colombia. Bagaimanapun, hanya orang tertentu sahaja yang memahami mesej tersembunyi itu dan mereka adalah 16 mangsa tahanan gerila FARC. Mereka telah menyebarkan mesej tersembunyi itu kepada tahanan lain (19 liberadossiguen ustedesanimo) yang bermaksud "19 people rescued, you're next, don't lose hope"

Untuk pertama kali dalam masa sedekah, tentera Colombia berjaya menyusup masuk (mesej tersembunyi melalui radio) ke kawasan gerila FARC, memberikan semangat dan harapan kepada tahanan.



Ini adalah salah satu teknik kreatif dalam penggunaan kod Morse demi menyelamatkan NYAWA tahanan dan cerita ini akan tertulis dalam SEJARAH penggunaan kod Morse untuk renungan generasi masa hadapan. Sebagai maklumat tambahan, lagu ni menang anugerah Cannes Lions 2011 untuk kategori Gold Best use of music and/or sound design

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...