Total Pageviews

Popular Posts

Saturday, October 20, 2012

Noise Di High Frequency


Pada awal pagi sabtu 20 Oktober 2012, sedang saya memanggil CQ di 14.011 MHz. Misao JH2XMK menjawab panggilan saya. RST adalah 449, signalnya lemah berbanding stesen lain. Setelah bertukar signal report, saya menamatkan QSO dan menghantar 73 kepadanya.

Stesen dari Jepun selalunya ramai ke udara di frekuensi seperti 10, 15 dan 20 meter band. Ini mungkin kerana antenna yang diperlukan tidaklah sebesar antenna biasa untuk 40 atau 80 meter band. Kebanyakan operator dari Jepun tinggal di rumah flat atau rumah bertingkat, ruang untuk memasang antenna amatlah terhad. Populasi di bandar-bandar utama negara Jepun juga lebih dari bandar utama di Malaysia.

Tempat tinggal yang terhad tidak mematahkan semangat mereka untuk ke udara. Sebaliknya menjadikan mereka bijak dalam faktor pemilihan antenna dan juga operating frequency. Jika dibandingkan dari aspek pembangunan teknologi, Jepun semestinya adalah negara yang dikatakan lebih maju berbanding negara lain. Penggunaan internet yang meluas, gadjet eletronik termaju dikatakan dihasilkan di negara Jepun.

Kehidupan penduduk Jepun di negara mereka yang pesat membangun sudah menjadi satu cabaran, terutama untuk operator radio amaturnya. Broadband over powerlines sebagai contoh, menjadi satu cabaran buat mereka. Noise yang terhasil sudah tentu menjadikan mereka susah untuk beroperasi dalam mode SSB. Kebanyakkan operator radio amatur Jepun memilih untuk beroperasi dalam morse code atau mode CW. Noise boleh ditapis dengan penggunaan IF atau AF DSP dan noise reduction. Receiving bandwidth boleh disempitkan dengan CW filter.

Urban area atau built up area menghasilkan banyak noise kepada frekuensi tinggi (HF), powerlines yang membawa voltan tinggi ke rumah atau premis, sambungan yang kurang sempurna pada tiang-tiang eletrik, insulator yang bocor, lampu neon, lampu LED, peralatan eletrik yang mengeluarkan spark dan sebagainya boleh meningkatkan kadar noise frekuensi tinggi.

Hasil dari pembacaan saya pada majalah QST, artikel bertajuk "powerlines interference" menceritakan tentang punca dan sebab gangguan berlaku, bagaimana untuk mengesan sumber gangguan dan juga bagaimana untuk menghapuskan gangguan terhadap frekuensi tinggi akibat dari powerlines.











Antara peralatan yang digunakan adalah, Line noise meter.




No comments:

Post a Comment