Popular Posts

Friday, October 19, 2012

Antara Straight Key, Iambic Key, Bug Dan Cootie

Morse code sudah lama tertulis dalam sejarah, wujud sekitar 176 tahun yang lepas. Mode terawal dalam sejarah penggunaan eletrik sebagai penghantaran mesej melalui wayar dan juga radio tanpa wayar. Operator kod Morse telah banyak menyelamatkan nyawa mereka yang dalam kecemasan. Kapal Titanic sebagai contoh, operator radionya menghantar distress call atau panggilan kecemasan dalam kod Morse. Morse key atau CW key terdapat dalam beberapa jenis, di antaranya adalah:-


  1. Straight key - key yang biasa digunakan oleh operator radio tentera, kapal dan juga radio amatur. Key jenis ini sangat mudah, kerana hanya mempunyai 2 sambungan wayar. Bunyi dit atau dah ditentukan oleh ketukan operator. Ketukan pendek akan menjadikan bunyi dit dan ketukan yang panjang menjadikan bunyi dah.
  2. Iambic key - iambic key, eletronic key atau automatic keyer biasanya mempunyai 3 sambungan wayar dimana terdapat litar eletronic yang akan menentukan bunyi dit dan dah. Kelajuan ditentukan dalam word per minutes. Kelajuan dan nisbah dit dan dah boleh diubah pada litar eletronik yang mana selalunya terdapat dalam hampir kesemua transceiver moden. Sesuai untuk mereka yang sukakan kod morse dalam kelajuan yang tinggi (high speed telegraphy). Terdapat dalam versi dual paddle atau single lever. Begali menawarkan single lever iambic keyer yang boleh diubah kepada cootie atau sideswiper dengan hanya mengubah satu kedudukan suis.
  3. Bug - bug atau semi automatic adalah single lever key yang klasik selalu digunakan oleh operator radio. Mempunyai 2 sambungan wayar, tidak memerlukan litar eletronik sebaliknya key ini mempunyai mekanikal yang akan menentukan bunyi dit. Tetapi, untuk bunyi dah pula operator perlu menghantar secara manual.
  4. Cootie - Cootie atau sideswiper adalah satu single lever key, mempunyai 2 contact point dan 2 sambungan wayar. kiri dan kanan contact point adalah sama. Bunyi dit atau dah perlu ditentukan oleh operator.


Sila lihat video di bawah untuk melihat perbandingan di antara straight key, iambic key, bug dan juga cootie.

Straight key 


Dual Paddle Iambic Key


Single Lever Iambic Key


Bug atau Semi Automatic


Cootie atau Sideswiper


Key jenis apakah menjadi pilihan anda?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...