Popular Posts

Monday, October 22, 2012

9M4CJB Operated By 9W2JJF CW QSO

Pada malam 21 Oktober 2012, saya telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari Zaki 9M2ZAK. Beliau bertanyakan samada saya berkelapangan atau tidak, mujurlah ketika itu saya tidak sibuk seterusnya saya bertanyakan kenapa?. Cikgu Zaki 9M2ZAK mengajak saya untuk ke udara dalam mode CW atau kod Morse untuk sesi latihan kepada bakal calon CW test 2-2012 iaitu Ustaz Illiyas 9W2JJF.

Setelah mencari frekuensi yang sesuai, saya berhenti di satu frekuensi yang tiada QRM, berikutan semua segmen bagi narrow bandwidth operation di 40m band telah digunapakai secara haram oleh lanun (lanun adalah istilah kepada mereka yang beroperasi tanpa kebenaran yang sah). Kebanyakan lanun beroperasi dalam mode single side band atau pendeknya SSB. Mereka memancar (transmit) dengan jumlah kuasa pancaran yang agak tinggi (lebih dari 100 watts). Ini menyebabkan gangguan kepada operator radio amatur yang ingin bekerja dalam mode CW pada narrow bandwidth portion. Saya beroperasi di frekuensi yang bukan center operation bagi lanun-lanun tersebut. Filter dan noise reduction perlu dipasang untuk keselesaan semasa beroperasi.

Setelah beberapa transmission, saya berhenti seketika dan selepas itu saya sempat CW QSO dengan Cikgu Rahman 9M2AR di frekuensi tersebut. Beliau memaklumkan yang beliau baru balik dari makan malam. Saya memberitahu beliau akan sesi latihan untuk 9W2JJF akan disambung semula dan selepas itu Cikgu Rahman 9M2AR memberikan kami laluan.

Di bawah adalah video yang sempat dirakamkan oleh Zaki 9M2ZAK, di mana di dalam video ini menunjukkan 9W2JJF sedang ke udara dengan menggunakan callsign 9M4CJB sambil dipantau oleh 9M2ZAK.




Sifat dan kesungguhan 9W2JJF harus dipuji kerana beliau berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang beliau inginkan. 9M2ZAK juga memainkan peranan penting dalam sesi pembelajaran kod Morse Ustaz Illiyas 9W2JJF. Sesungguhnya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Semoga berjaya menempuhi CW test 2-2012 yang akan tiba kepada 9W2JJF. Jumpa lagi di udara!

73 de 9M2PJU


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...