Popular Posts

Friday, September 14, 2012

Reverse Beacon Network

Quote
The Reverse Beacon Network is a revolutionary new idea. Instead of beacons actively transmitting signals, the RBN is a network of stations listening to the bands and reporting what stations they hear, when and how well.
Reverse beacon network adalah satu website yang mengumumkan isyarat yang aktif di frekuensi tinggi (HF). Isyarat CW atau kod Morse yang sedang berlansung di frekuensi akan diumumkan oleh mereka yang mendengarkan isyarat itu (skimmer). Pemantau isyarat selalunya menggunakan software CW skimmer bersama transceiver ataupun bersama software define radio (SDR).

Website www.reversebeacon.net kelihatan hampir sama dengan website DX cluster yang lain, tetapi reverse beacon network dapat memaparkan informasi yang terperinci untuk isyarat CW yang sedang aktif ke udara. Maklumat seperti callsign pendengar, callsign yang ke udara, frekuensi, snr, CW speed dalam words per minutes, masa dan tarikh transmisi berlaku.

Projek Reverse Beacon Network sangat berguna bagi mereka yang aktif DXing, kerana segala informasi maklumbalas dari stesyen lain sangat berguna untuk memperelokkan lagi peralatan yang digunakan dan juga sistem antenna yang sediada. Selain itu kita juga dapat menilai keadaan band ketika transmisi dilakukan.

Berikut adalah contoh screenshot yang telah diambil dari Reverse Beacon Network,




Untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan projek Reverse Beacon Network, sila ke http://www.reversebeacon.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...