Total Pageviews

Popular Posts

Friday, January 06, 2012

MARES


Pengenalan

MARES adalah nama singkatan kepada Malaysian amateur radio emergency service society atau persatuan perkhidmatan radio amatur kecemasan Malaysia.

Objektif

Ahli MARES terdiri dari sukarelawan radio amatur yang bersedia untuk menyediakan perkhidmatan perhubungan di waktu kecemasan, apabila cara perhubungan biasa sukar didapati kerana kerosakan, kesesakan perkhidmatan ataupun diluar kawasan perkhidmatan.

Objektif utama MARES


  1. Menyediakan perkhidmatan perhubungan secara meluas di masa kecemasan seperti ribut taufan, gempa bumi dan tanah runtuh atau pelbagai seperti kebakaran atau banjir besar dan juga ketika dalam usaha mencari dan menyelamat (search and rescue) seperti kemalangan kapal terbang, apabila cara perhubungan biasa sukar didapati. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk memberikan satu perkhidmatan perhubungan yang efektif dan berkesan.
  2. Menyediakan perkhidmatan perhubungan di kawasan yang dilanda kecemasan apabila diperlukan.
  3. Membantu dalam usaha mencari dan menyelamat dengan memberikan rangkaian perhubungan dari tempat kecemasan ke pusat operasi kecemasan.
  4. Member rangkaian perhubungan kecemasan di antara jabatan perkhidmatan awam, pbsm, bomba dan penyelamat, polis, tudm, dca dan mana-mana pihak yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat.
  5. Mempromosikan kepada umum tatacara penggunaan komunikasi radio dan bertukar-tukar maklumat dan idea dalam bidang komunikasi radio di kalangan ahli.
  6. Menggalakkan perkembangan am sains dan penggunaan komunikasi radio, satelit dan digital ke semua peringkat masyarakat.
Sejarah MARES

Ahli-ahli radio amatur sebelum ini telah bergiat aktif dalam komunikasi bencana semenjak tahun 1967 lagi di mana pada ketika itu banjir besar berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan ahli radio amatur dipanggil untuk memberi bantuan komunikasi kecemasan setelah semua perhubungan terputus, kecuali perhubungan wireless.

Pada 11 disember 1993 ketika kejadian runtuhan bangunan Highland Tower, sekali lagi ahli radio amatur dipanggil untuk memberikan bantuan komunikasi di antara tempat kejadian ke Hospital Kuala Lumpur. Bantuan komunikasi ini diberikan selama 24 jam sehari selama 5 hari berturut-turut.

Pada bulan februari 1999, ahli radio amatur dipanggil lagi oleh JPA3 Negeri Sembilan bagi membantu pihak JPA3, polis, dca dan tudm dalam usaha mencari dan menyelamat kejadian kapal terbang Cesna terhempas di hutan Mantin. Semua komunikasi telefon bimbit di kawasan ini tidak berfungsi kecuali komunikasi radio amatur.

Pada bulan februari 2002, persatuan bulan sabit merah dari ibu pejabat peringkat nasional memohon bantuan komunikasi kecemasan semasa banjir besar berlaku di Kuantan, Pahang. Pihak radio amatur berjaya menyediakan komunikasi wireless dari Kuantan ke Kuala Lumpur.



No comments:

Post a Comment